Berita Terkini| PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat 23 pegawai kanan! Berkuat kuasa 17 Mei
Published byPolis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 23 pegawai kanannya berkuat kuasa pada 17 Mei 2021 ini.
Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman, Superintendan Skandaguru Anandan berkata, antara yang terlibat
ialah Pegawai Pemerintah Batalion 3 Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri; dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Bidor, Perak,
Superintendan Rosman Kasman.
Jawatan baharu Rosman adalah Timbalan Komander Pasukan
Simpanan Persekutuan (FRU), JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten
Komisioner.
“Pegawai Turus Pengurusan Dasar dan Sumber Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Perak, Superintendan Lam
Chien Fei pula dilantik sebagai Timbalan Komandan (Latihan) Pusat Latihan Polis
Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya yang dipetik oleh Bernama di Kuala Lumpur, Khamis, 15 April 2021.
Skandaguru menambah, Urus Setia KPN (Perhubungan
Antarabangsa) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah
dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuching, Sarawak bagi menggantikan Asisten
Komisioner Awang Din Awang Gani.
“Awang Din kini dilantik sebagai Timbalan Ketua JPJKK
(Perancangan Strategik) Johor, selain itu, Timbalan Komander Pasukan FRU,
JKDNKA Bukit Aman, Asisten Komisioner Noor Hisam Nordin pula dilantik menjadi
Ketua JPJKK Pahang dengan memangku pangkat Senior Assisten Komisioner.
“Pertukaran lain turut melibatkan Pegawai Turus E4B
Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Winston Tan Thye Wa yang dilantik
sebagai Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang dengan memangku pangkat Senior Asisten
Komisioner.
“Jawatan Winston Tan akan digantikan Supt E4A1Cawangan Khas Bukit Aman, Zulkifli Arin dengan memangku pangkat Asisten Komisioner," katanya.
Skandaguru menambah, pertukaran itu turut melibatkan
Pegawai Turus Operasi Darat, JPJKK Sarawak, Superintendan Ang Seow Aun yang
dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siasatan/Perundangan,
Sabah dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.
Selain itu, Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas Jabatan
Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh
dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Selangor. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter