Video| Khai Bahar dilamar Aina Abdul! Berkongsi Nafas Cinta!
Published byBAIK Khai Bahar atau pun Aina Abdul, kedua-dua penyanyi berusia selang setahun ini tentunya tidak perlu diperkenalkan lagi walau pun kemunculan mereka dalam industri muzik tempatan boleh dianggap baharu namun masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.Kini, kedua-dua mereka ini ada ‘Nafas Cinta’ untuk dikongsi bersama. Apa cerita? - KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan Khai Bahar dan Aina Abdul:
https://kitareporters.com/search?search=khai+bahar
https://kitareporters.com/search?search=aina+abdul
Lebih menarik lagi, pemuda berusia 26 tahun bernama penuh Muhammad Khairul Baharuddin ini dilamar oleh Nurul Aina Abdul Ghani, 27, untuk ‘Nafas Cinta’ mereka.
Oops… Jangan fikir lain ya… ‘Nafas Cinta’ yang dimaksudkan itu adalah lagu duet pertama mereka yang dihasilkan sebagai hadiah buat peminat yang sentiasa berharap mereka bakal muncul dalam lagu duet.
“Lagu ini sangat mencabar, cuma bunyi kedengaran santai. Dari segi kekuatan vokal masih ditonjolkan, tapi kami berbincang dan bersetuju untuk ketengahkan emosi dan perasaan yang relaks dan santai,“ ujar Aina yang melahirkan rasa syukur lamarannya untuk berduet disambut baik oleh Khai.
Menurut Aina, ' Nafas Cinta' dicipta khas bagi memberikan nafas baru dalam muzik mereka berdua yang mana lagu ini ditujukan buat pasangan yang sedang ingin bercinta sehingga melangkah ke alam perkahwinan.
“Mesej lagu ini sangat berbeza dengan lagu lain yang saya tulis. Lagu ini lebih ‘muda’ dan menyasarkan golongan remaja. Jadi, disebabkan itu saya sangat berharap lagu ini diterima baik dan dekat dengan mereka.
“Secara tidak langsung, apabila mendengar lagu ini mereka akan tersenyum dan gembira selain mengimbas kisah cinta masing-masing. Sebab ini bukan lagu berat macam sebelumnya. Pendek kata, ‘feel’ lagu sangat romantis dan ‘sweet’,” jelas Aina.
Menurut Aina, 'Nafas Cinta' dicipta khas bagi memberikan nafas baharu dalam muzik mereka berdua yang mana lagu ini ditujukan buat pasangan yang sedang ingin bercinta sehingga melangkah ke alam perkahwinan.
Berkongsi mengenai kerjasama yang terjalin, kata Aina, ia tercetus selepas mereka berduet menyanyikan semula lagu ‘Just Give Me A Reason’ yang ditayangkan di saluran YouTube masing-masing.
“Saya memang jarang ada ‘contact’ dengan penyanyi lain. Apabila Khai sudi buat ‘cover’ di YouTube, saya sangat gembira. Tidak menjangka pula duet kami itu mendapat maklum balas sangat baik daripada peminat kami.
“Kemudian, Khai menjemput saya untuk menyanyi dengannya pada 'Konsert Minggu Ini Bersama Khai Bahar' di RTM. Ketika itu, saya cakap pada pengurus, alang-alang sudah berkenalan kita boleh buat satu lagu. Jadi, saya dan pengurus ‘approach’ pihak Khai dan dia pun okay.
“Saya terus buat melodi lagu 'Nafas Cinta' dan Khai pun berikan input untuk melengkapkan lagu ini. Jadi, melodi dan lirik lagu ini kami hasilkan bersama,” cerita Aina panjang lebar.
Tambahnya lagi, proses menghasilkan ‘Nafas Cinta’ dipermudahkan walaupun proses rakaman dijalankan di Seremban, Negeri Sembilan.
“Bagi mencipta keserasian, bukan boleh terus dapat. Disebabkan itu Khai sanggup datang ke Seremban untuk buat proses rakaman. Pertama, Khai datang rakam demo dulu untuk kami belajar dan fahamkan melodi dan maksud lagu. Kali kedua baru buat rakaman sebenar. Jadi, ia ambil masa juga.
“Tapi, Khai sangat membantu dan dia sangat menyokong. Walaupun saya baru, tapi dia sangat merendah diri. Khai tidak kisah kena datang ke Seremban, dia sangat memberikan kerjasama,” sambung Aina.
Sementara itu, Khai Bahar menyifatkan lagu ‘Nafas Cinta’ sesuatu yang istimewa buat peminat mereka berdua.
"Macam sebelum ini ramai tertanya-tanya siapa rakan duet terbaru saya. Jadi, apabila projek ini dikongsikan dalam Instagram, semua tidak sabar menunggu lagu ini.
"Saya berharap lagu ini dapat diterima baik dan boleh pergi lebih jauh. Dalam masa sama, semoga duet saya dan Aina boleh membuatkan anda jatuh cinta dengan lagu ini,” harapan Khai.
Dalam masa sama, Khai mengakui bertuah dapat berduet dengan Aina selain mengagumi bakat besar dimiliki pelantun lagu ‘Semalam’ itu.
“Alhamdulillah, perancangan kami untuk menghasilkan projek ini dipermudahkan. Macam sebelum ini saya pernah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana. Kali ini, saya bertuah kerana diberi peluang untuk berduet dengan Aina pula.
"Setiap rakan duet saya mempunyai keistimewaan dan aura masing-masing. Saya melihat setiap tawaran yang datang adalah kesempatan terbaik untuk saya memajukan diri. Bagi saya bekerjasama dengan ramai orang membolehkan saya menimba pengalaman baru,” ujar Khai.
Lagu Nafas Cinta sudah pun berada dalam semua platform muzik digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, Youtube Music, Channel YouTube serta Apple Music dan serentak itu turut ditayangkan video muziknya bermula semalam, 18 Disember 2020. - KitaReporters