Kerana cintakan al-Quran! Noor Syakirah tubuh Edu & Quranic Centre dan Nurussyakirin Misi Quran!
Published bySEBAHAGIAN koleksi buku dan nota pembelajaran Noor Syakirah Abdul Wahab yang digunakan di Edu & Quranic Centre dan Nurussyakirin Misi Quran.
MINAT yang mendalam terhadap al-Quran mendorong seorang wanita berusia 25 tahun dari Besut, Terengganu beranikan diri menubuhkan sebuah pusat pembelajaran sendiri bagi melahirkan lebih ramai individu celik al-Quran.
Berbekalkan pengalaman sebagai pemimpin pelajar sewaktu menuntut di Universiti Mu'tah di Jordan, penubuhan
Edu & Quranic Centre dan Nurussyakirin Misi Quran sekali gus membolehkan Noor Syakirah Abdul Wahab mempraktikan segalanya untuk menabur bakti kepada komuniti setempat.
Lagi cerita-cerita menarik tentang pusat agama
Noor Syakirah ketika mengendalikan pembelajaran al-Quran di Edu & Qranic Centre.
Sehingga kini, pusat pembelajaran al-Quran diasaskan Noor Syakirah telah mempunyai lebih 150 anak didik terdiri daripada 85 pelajar dewasa dan 65 orang kanak-kanak.
Biarpun telah memiliki pusat pembelajaran A-Quran sendiri namun wanita cekal ini tetap mahu menimba ilmu dan buktinya kini sedang bertalaqqi Riwayat Syukbah.
Wow! Hebatkan...
NOOR SYAKIRAH
Lebih menarik lagi, Noor Syarikah juga menjayakan program kerohanian kepada remaja sekolah rendah dan menengah terutama ketika musim cuti sekolah.
Kem-kem yang dijalankan oleh Nurussyakirin Misi Quran ialah Klinik Soleh Genius Siri 1 dan Siri 2, Addeen Superb, Qawieyul Amien, Iftahul Quran dan Bravo Ya Habibi.
Dengan bakat kepimpinan yang ada pada jiwa, beliau bertekad mengabadikan dirinya untuk terus menyumbang kepada masyarakat setempat.
Noor Syakirah menerima sijil penghargaan dari Ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah kerana pembabitan aktif dalam NGO.
Beliau juga telah melatih adik -beradiknya untuk menjadi ahli jawatankuasa program, guru Al-Quran dan guru
subjek dalam Nurussyakirin Edu & Quranic Centre.
Malah, pengalaman beliau dalam bidang berkenaan menyebabkan dia pernah dijemput mejadi Ketua Fasilitator Quran Di Hatiku, anjuran Fatihatul Quran di Selangor.
Noor Syakirah mahasiswa dari Universiti Mu’tah, Jordan, pernah menyandang hampir 20 jawatan pada peringkat universiti, dari ahli jawatankuasa sehingga kepada timbalan pengarah dalam program berskala besar.
Antara jawatan disandangnya termasuklah Yang Dipertua II Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA), Setiausaha 1 Jabatan Kesetiausahaan Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah(PERMATA) , Biro Pembangunan Hal Ehwal Wanita Majlis Mahasiswa Malaysia Jordan(MPMMJ), Unit tatacara dan undang-undang suruhanjaya pilihan raya PERMATA dan unit protokol dalam pelbagai program serta Jabatan Mentor.
Mempunyai pengalaman luas dalam dunia
kepimpinan, beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan oleh Persatuan
Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah dan Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan.
Bukan itu sahaja, sejak di bangku sekolah lagi, beliau telah memasuki pelbagai sukan sehingga ke universiti. Di sekolah menengah, beliau dinobatkan sebagai Tokoh al-Farabi dan pernah memenangi pingat perak kejohanan badminton (KESSUMA) dan dianugerahkan sekali lagi sebagai olahragawati di peringkat universiti.
Dengan kelebihan yang ada, kepimpinan bagi seorang Noor Syakirah cuba sedaya upaya untuk terus berkhidmat dalam apa jua untuk memberi manfaat yang besar kepada masyarakat dalam pelbagai bidang.
Semoga cita-cita murni wanita berjiwa tinggi tercapai bukan sahaja dengan kejayaan di dunia tetapi sebagai bekalan di alam sana nanti! - KitaReporters
Ruang tempat belajar Al-Quran di Edu &Qranic Centre milik Noor Syakirah