PELAKON Ashraf Muslim cukup tersentuh melihat kesungguhan teman-teman, yang dirawat bersamanya kerana terjangkit Covid-19 di Wad 31, Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor, khusyuk membaca al-Quran dan cukup tenang melalui ujian yang diturunkan itu. Lantaran dia yakin bahawa ujian tersebut sebagai asbab untuk Allah menguji keimanan seseorang. : KitaReporters




"Assalamualaikum... Hari ni AM tersentuh hati bila melihat kesungguhan mereka membaca al-Quran dalam keadaan yg mereka semua adalah pesakit Covid-19 yg cukup digeruni dan ditakuti. 

"Tapi mereka di sini sungguh tenang melalui segala macam di sini. 

"Bagi mereka Covid-19 adalah asbab utk Allah uji keimanan seseorang itu. Allah rindukan kita utk mengadu pada-Nya, bermanja dengan-Nya.

"So.. bulan Ramadan ini dipenuhi dgn aktiviti-aktiviti yg mendekatkan diri dgn Allah yg satu. Salah satunya membaca Al Quran. 

"So rakan-rakan marilah kita penuhi masa dgn membaca dan mendekatkan diri dgn Al quran.. dan berdoalah sepuas-puasnya... 

"Insya-Allah Allah akan bantu kita semua.. Percayalah kawan-kawan. Dari kami wad 31, PKKN,” katanya menerusi satu entri dalam akaun Instagramnya @ashrafmuslim.


Ashraf turut berkongsi tazkirah subuh mengenai hadis Rasulullah SAW yang menyebut mengenai memberi peringatan kepada ahli keluarga terdekat mengenai sunnah dan amaran Rasulullah SAW.

"Walaupun kami di wad, tak semestinya kita tak boleh belajar kan.. 

"Insya-Allah apa yg saya dengarkan utk anda tadi harap dapat amalkan dan sampaikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kita yer,” katanya.

Ashraf telah dimasukkan ke HSB pada 12 April 2020. 

Dia pulang ke tanah air dari luar negara pada 31 Mac 2020 dan menjalani kuarantin di rumah sebelum di rawat di hospital.


Ashraf Muslim disahkan positif COVID-19, sebaik pulang selepas menjalani penggambaran drama bersiri ‘Demi’ di Inverness, Scotland, United Kingdom pada Mac 2020. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: