Sekampung penduduk membawa barangan hantaran ke rumah pengantin perempuan. - Kredit foto: Dari video TikTok @vindol


Pemberian hantaran dalam perkahwinan sudah menjadi kemestian, cuma terpulang kepada kemampuan untuk memberi barangan berharga atau sederhana sahaja. 

Namun satu majlis perkahwinan pasangan Dandi dan Riana di Brebes, Jawa Tengah ini agak unik. Peristiwa ini terjadi di kampung Citimbang, Salem, Brebes, Jawa Tengah pada 15 November 2021 lalu.

Rombongan pengantin lelaki disertai sekampung jiran lelaki dan wanita dari kampungnya. 

Dan yang paling  mengejutnya mereka membawa sejumlah barangan berupa hantaran yang banyak. Ia memperlihatkan hidup bermasyarakat satu penduduk kampung.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan


Suasana majlis perkahwinan unik di Brebes, Jawa Tengah. - Kredit foto: dari video TikTok @vindol



Mereka membawa barangan keperluan rumah seperti katil, tilam dan almari serta kerusi dan beberapa barangan peralatan elektrik seperti peti ais dan TV serta keperluan dapur.

Barangan itu selain dibawa dalam tangan, ada yang turut dipikul secara bergotong-royong dengan menggunakan alat pengangkut diperbuat daripada buluh dan ada dibawa naik motosikal.

Pasangan pengantin Dandi dan Riana. - Kredit foto: Detik.com 


Dan lebih melucukan, barangan hantaran tu turut dibawa melibatkan haiwan iaitu beberapa ekor ayam, empat kambing dan seekor lembu. Turut dibawa sama ialah rumput untuk makanan haiwan.

Kejadian ini dirakam oleh pemilik TikTok @vindol atau Vivin Amaliyah, 23, yang merupakan penduduk di kampung itu. 

Video tersebut sudah ditonton lebih daripada 9 juta kali sehingga pagi Isnin, 22 November 2021 dan warganet pun ikut terperanjat melihat barangan hantaran itu. - KitaReporters


10
14
0
12
0

Copy Link: