Ada untung ke jual RM1 bang? Peniaga ikhlas jual nasi lemak harga RM1! Bukan semua orang mampu kan?

Published by
KitaReporters

Sumber Foto : Twitter Fazrie Haiqal


PERKONGSIAN seorang peniaga nasi lemak menjual di tepi jalan pada harga RM1 walaupun dipersoal jumlah untung yang diperoleh pada harga jualan tersebut raih perhatian orang ramai.

Menerusi ciapan seorang pengguna media sosial yang bernama @Fazriehaiqal_ dan guna nama bangsudu, beliau menjelaskan sebab kenapa tidak menjual harga yang lebih tinggi disebabkan kerana kebanyakan penjual nasi lemak lain mengenakan harga yang tinggi.

Apa yang lebih penting buat beliau adalah pelanggan rasa puas dengan makanan yang dijual serta membantu golongan yang tidak mampu menikmati makanan pada harga mampu beli.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan nasi lemak


“Tujuan utama saya jual nasi  lemak RM1 ini sebab nak bantu permudahkan urusan orang

“Yelah masa sekarang ni kalau nak sarapan pun dah kena habis RM10 untuk seorang, bukan semua orang mampu kan?,” ciapnya dalam laman media sosial Twitter.

Rata-rata pengguna media sosial memuji keikhlasan peniaga terbabit serta mendoakan agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki disebabkan kebaikan yang beliau lakukan.



“Sokong. Selalunya yang jual RM1 ini lagi sedap dari yang jual RM3 ke atas. Kalau saya beli 3 bungkus makan seorang. Tidak mampu habiskan 3 sedekah sebungkus, dapat pahala,” ujar @kuyahmz.

“Masa kerja dahulu kalau nak makan tengah hari dan jimat akan beli nasi seringgit. Tapi dari rumah sudah siap goreng telur dan potong timun buat ulam. Jimat! Moga murah rezeki kamu,” tulis @hariharirayrayaya.

“Nasi lemak seringgit ini la orang akan selalu borong banyak-banyak kemudian sedekah kepada rakan sekerja sarapan percuma. Pahala besar,” kongsi @Ffwwhhh. - KitaReporters


10
10
0
13
0

Copy Link: