Setelah setengah dekad, gandingan kumpulan Jozan, Johan dan Zizan Razak kembali bersedia menggegarkan pawagam apabila lakonan kedua-dua mereka bakal ditonton melalui filem sekuel terbaharu, Abang Long Fadil 3  bermula 8 September 2022 depan di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei.

Menerusi klip teaser filem arahan pengarah daripada keluarga yang mempunyai rekod pecah panggung ini, Syafiq Yusof dari Skop Productions sudah memperlihatkan keterujaan penonton ingin menonton kedua-dua ‘Raja Lawak’ berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Zizan Razak



Antara komen-komen dalam media sosial yang membuktikan kenyataan itu tercatatnya ciapan berbunyi: 

"#JOZAN is back boizz @naim.skema.noob; Jozan buat comeback #abanglongfadil3 @kelvinwest103; tak sabar nak tengok JOZANNN @nrisyafiwahsb; Yeah Jozan is back ni kalau ada coming soon punya movie berdua ni mesti gempak @muhammadakidhaziq; manakala @eyraa_sheyraa menulis ‘bff berlakon sama confirm pecah perut hahaha tengok muka dah nampak terhibur, moga dipermudahkan bang @zizanrazak869 dan jozlynnhanania."


Pengarahnya, Syafiq Yusof (lima dari kiri) bersama barisan pelakon.



Selain Zizan dan Johan, turut dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.

"Kami percaya kini adalah masa yang tepat untuk tampilkan Abang Long Fadil 3 dan menambahkan lagi keyakinan kami apabila melihat sambutan luar biasa penonton serta peminat terhadap filem tempatan baru-baru ini,” ujar Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman tayangan filem “Abang Long Fadil 3’ baru-baru ini.

Turut hadir Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad.



Filem terbitan bersama Astro Shaw ini menjanjikan lebih padat aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan.

Abang Long Fadil 3 menjanjikan kelainan di mana ia mempersembahkan arah tuju yang lebih mantap. 

Peminat francais Abang Long Fadil dapat melihat transisi karya ini daripada filem pertama pada tahun 2014, kemudian sekuel pada tahun 2017 sehingga filem terbaru ini. 

“Malah, kemunculan watak-watak baru juga turut menyerikan dan memberi nafas baru kepada francais ini. Kami harap kehadiran Abang Long Fadil 3 pada 8 September ini mampu merancakkan lagi industri perfileman Malaysia,” tambah Yusof Haslam.

Menyambung harapan tersebut, Raja Jastina memberitahu, Astro Shaw merangka strategi pemasaran yang kreatif bagi menambahkan lagi keterujaan penonton dalam menantikan filem francais popular ini pada bulan September 2022 ini. 

“Sebagai permulaan, kami telah melancarkan kempen ‘Sama Tak Serupa’. Kami mengharapkan Abang Long Fadil 3 yang merupakan pembuka untuk Astro Shaw selepas dua tahun, dapat membantu mengubah momentum industri perfileman ke arah satu paradigma yang baru,” ujar Raja Jastina.




Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 9, 10 an 11 September di selatan, manakala pada 16, 17 dan 18 September 2022 di utara. 

Manakala OST bagi filem Abang Long Fadil 3 berjudul ‘Payung’ nyanyian Zizan Razak bersama Elizabeth Tan membolehkan peminat sertai ‘dance challenge’ lagu berkenaan dalam platform TikTok di mana buat peminat bertuah mereka akan terpilih untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 Ogos 2022 nanti. 

‘Abang Long Fadil 3' menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. 

Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter dan Facebook Astro Shaw. - KitaReporters


13
9
0
7
0

Copy Link: