Zali Rusli (kiri)  bersama abangnya Haqiem Rusli
Abangnya Haqiem Rusli sudah mencipta nama sebagai salah seorang komposer dan penyanyi popular tanah air. 

Namun, anak muda berusia 17 tahun, Zali Rusli enggan menggunakan populariti abangnya sebagai jalan pintas untuk berjaya. Sebaliknya Zali sanggup ‘merangkak’ untuk berjaya seperti abangnya.

“Saya tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli. Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat saya sendiri,” luah penyanyi muda ini apabila dikaitkan dengan nama abangnya Haqiem Rusli.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan single terbaharu



Dua tahun lalu, ketika dunia dilanda Covid-19, Zali Rusli telah melancarkan single pertamanya ‘Pewangi’ ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu.

Namun nasib tidak menyebelahi Zali. Lagu tersebut gagal melonjakkan nama dan bakatnya kerana segala pergerakan aktiviti promosi sangat terbatas.

Kini ini Zali begitu berharap single keduanya ‘Kamu Cantik Malam Ini’ mampu meletup. Lagu ‘Kamu Cantik Malam Ini’ ciptaan bersama Zali dan abangnya Haqiem Rusli.



Menurutnya dia selesa bekerjasama dengan abangnya dan mendapat persetujuan daripada syarikat rakaman FMC Music.

“Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagi ciptaan kami dan ia mendapat persetujuan dari pihak FMC Music.

‘Kamu Cantik Malam Ini’ telah dilancarkan dalam semua platform digital ini juga boleh ditonton muzik videonya dalam YouTube sejak 29 Disember 2022.

Dalam klip video ‘Kamu Cantik Malam Ini’ turut berlakon ialah Nur Qistina Raisah, 14, yang merupakan artis cilik yang lebih dewasa dari usianya. - KitaReporters


Zali bersama Qismina dalam klip video 'Kamu Cantik Malam Ini'

15
11
0
9
0

Copy Link: