UNTUNG siapa mempunyai emak ayah yang sanggup menyambut hari ulang tahun kelahiran anak dia dengan penuh gilang gemilang demi kebahagian anak tercinta. Namun itu bukan ukuran untuk mereka yang tidak mampu, yang penting keluarga tetap mengingati hari istimewa kita. 

Baru-baru ini, Rozita Che Wan telah adakan parti sambutan hari jadi untuk anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang berusia 8 tahun dengan begitu meriah bertemakan warna 'pink' sebagai pilihan mereka. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta


Biasa kita dengar orang sambut hanya sediakan satu kek dan selebihnya makanan namun tidak bagi pelakon jelita ini apabila menyedia 8 kek untuk anaknya ini kerana menyambut tahun kelahiran untuk ke-8 tahun

Kalau umur 20 tahun nanti, mahunya penuh ruang tamu kek dan pasti tetamu dapat bawa pulang kek tersebut kerana terlalu banyak.  

Nama pun sambutan hari jadi, penampilan anaknya juga menjadi perhatian apabila jelas kelihatan cantik persis ibunya dengan gaya pakaian yang dikenakan itu. 

Rozita atau lebih mesra dengan nama Che Ta telah adakan majlis ini di sebuah restoran terkenal di Selangor dan mereka menjemput ahli keluarga serta kenalan rapat sahaja untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. 

Kehadiran rakan-rakan sebaya Aaisyah juga memeriahkan lagi majlis tersebut dan kelihatan kesemuanya memakai pakaian mengikut tema dan jelas nampak begitu cantik. - KitaReporters


8
6
0
12
0

Copy Link: