Video| Farahdhiya pelik ada orang tak suka sayur! Kongsi resipi mihun sup sihat! Sayur kena banyak!
Published byBagi sesiapa yang mengikuti perkembangan pelakon dan penyanyi popular, Farahdhiya atau nama penuhnya Farah Dhiya Mohamed Amin dalam Instagramnya, pasti tahu dia sering kali berkongsi resipi masakan.
Siapa kata artis tak pandai ke dapur? Mungkin segelintir sahaja yang tidak pandai memasak.
Ramai yang suka melihat gaya hidup Farahdhiya. Rajin bersenam dan memasak makanan sihat menjadi rutinnya. Bertuah siapa yang menjadi suaminya nanti.
Gaya hidupnya yang sihat itu boleh dicontohi. Justeru, tidak hairanlah pada usia 39 tahun, pelantun lagu Bertakhta Di Hati ini kelihatan cantik dan awet muda.
Menurut Farahdhiya, dia gemar memakan sayur-sayuran. Ibarat kalau tiada sayur, tidak lengkap juadah terhidang.
Pada 21 November 2023 lalu, Farahdhiya berkongsi resipi mihun sup sihat. Tegasnya, resipi tersebut menggunakan sayur yang banyak. Malah, dia hairan kenapa ada yang tidak menggemari sayur-sayuran sedangkan ia makanan yang sihat.
“Mihun sup sihat simple
cara saya. Tapi sayur harus banyak. Saya jenis tak boleh makan kalau tiada
sayur. Rasa pelik apabila orang order
makanan kata jangan letak sayur. Tapi itulah, tekak masing-masinglah kan. Bahan-bahan
apa yang ada di dapur je. Selamat mencuba,” tulisnya.
Betul kata Farahdhiya, tekak masing-masing. Cuma, tak salah kalau kita belajar dan amalkan pemakanan sihat. Mula-mula mungkin tak biasa tapi lama-kelamaan ia akan jadi biasa. Malah, tak lengkap kalau tiada sayur dalam hidangan.
Pendapat Farahdhiya itu dipersetujui kebanyakan
netizen. Seperti Farahdhiya, mereka juga merasakan tidak lengkap sesuatu
hidangan tanpa sayur.
“Sayapun tak boleh tiada sayur. Tak selera nak tekak ni nak makan. Saya akan bengang apabila saya masak, orang suruh jangan bubuh sayur,” tulis salah seorang netizen. - KitaReporters