Video| Aeril bantu rakyat Palestin! Jual Lamboghini kesayangan! Sebahagian hasil jualan didermakan!
Published byRakyat Palestin yang kini ditekan penderitaan akibat keganasan rejim aparteid Zionis Israel memerlukan bantuan pihak luar dalam menghulurkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan.
Sejumlah insan seni tanah air menghulurkan sumbangan kewangan termasuk melancarkan tabung penderitaan Palestin seperti yang dilakukan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Antara sumbangan yang menjadi perhatian ramai ialah apabila pelakon yang kini usahawan berjaya Aeril Zafrel, 34, menjual kereta Lamborghini Aventador kesayangannya dan sebahagian daripada hasil jualan tersebut disumbang kepada penduduk Palestin di Gaza melalui Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, tidak menyatakan harga jualan Lamboghini itu dan jumlah yang disumbang kepada penduduk Palestin.
Bagaimanapun Aeril memaparkan video dalam media sosialnya menunjukkan Lamboghini Aventadornya dibawa keluar oleh pembeli baharu.
Dan Aeril turut memuat naik penyataan Maybanknya kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia dengan menutup jumlah sumbangannya.
Kereta Lamboghini Aventador itu dihadiahkan oleh isterinya, Nur Hawa Zainal Abidin (Wawa Zainal) pada April 2023 kerana kejayaan mendapat keuntungan besar dalam perniagaan yang dijalan oleh kedua-dua mereka sejak enam tahun lalu.
Ketika dibeli kereta berwarna kuning itu bernilai RM2.27 juta. Lamboghini Aventador itu memang sudah lama diidamkan oleh Aeril kerana ia adalah edisi terhad yang sudah tidak dikeluarkan lagi.
Namun selepas merasa memandu kereta idamannya itu beberapa kali, Aeril bercadang menjualnya untuk disumbang kepada penduduk Palestin di Gaza. Isterinya Wawa juga tidak keberatan dengan hasratnya, malah menyokong cadangan itu.
Aeril dan Wawa menjadi ahli perniagaan berjaya setelah memulakan perniagaan enam tahun lalu. Hasil kejayaan dalam perniagaan, Aeril dan Wawa banyak melakukan kerja amal. Mereka turut memberi bonus kepada pekerja termasuk membawa mereka melancong ke luar negara.