Dalam usia 41 tahun, cinta hati penyanyi bersuara mantap dari Sarawak, Dayang Nurfaizah Awang Dowty masih belum ketahuan. 

Siapa yang bertahta di dalam jiwanya belum diketahui namun yang pasti cinta Dayang terhadap muzik klasik sudah terang lagi bersuluh apabila buat kali kedua, beliau meneruskan usahanya memartabatkan ritma Melayu klasik itu dengan album ‘Belagu II’.

‘Belagu II’ merupakan album sekuel kepada album ‘Belagu’ yang dilancarkan pada tahun 2021, memuatkan 8  buah lagu Melayu Klasik antaranya Tudung Periuk yang turut memenangi kategori Rakaman Lagu Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 (AIM23) pada tahun lalu (2022). 

Selain itu ‘Belagu’ turut memenangi kategori Rakaman Album Terbaik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Dayang Nurfaizah


Lebih membanggakan apabila album ‘Belagu’ berada di kedudukan teratas carta iTunes dalam tempoh dua jam selepas ia dilancarkan.

Berdasarkan kejayaan Belagu dan cintanya terhadap lagu-lagu Melayu klasik agar terus kekal malar segar khususnya oleh generasi muda, Dayang bakal melancarkan album ke-10, ‘Belagu II’ di semua platform digital bermula 27 Januari 2023 ini bahkan para peminat sudah boleh membuat pratempahan/prasimpanan/prtambah album ini sekarang!

“Dayang berharap agar semua peminat Dayang akan menghargai album ini dan menerima mesej yang mahu Dayang sampaikan. Dayang mahu semua pendengar khususnya generasi muda mengenali lantas menghargai khazanah lagu-lagu klasik Melayu kita,” ujar Dayang.



Jelasnya, jika kita sendiri tidak mengangkat warisan ini, lambat-laun ia akan berkubur begitu sahaja. 

Menganggap pengjhasilan album tersebut bukan sahaja satu penghargaan kepada orang-orang lama tapi juga sebagai satu tanggungjawab sebagai anak seni.

“Dayang berharap Belagu II akan terus mengingatkan kita semua untuk meraikan lagu-lagu klasik Melayu warisan kita demi generasi masa hari ini dan akan datang,” tambah Dayang sambil memberitahu, tujuannya sama, bagi album kedua ini yang mana beliau mahu meraikan lebih banyak lagu lama dihidupkan dalam nafas baharu.



Memandangkan kesemuanya sangat indah, Dayang berharap juga dengan penglibatan pemuzik  ‘Budapest Scoring Orchestra’, 'Belagu’ dapat menjangkau lebih ramai pencinta muzik antarabangsa. 

‘Belagu’ yang membawa maksud menyanyi, diambil dari dialek Melayu Sarawak disusun semula muziknya dan diterbitkan oleh penerbit yang tidak asing lagi, Aubrey Suwito manakala album diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Mengandungi lapan (8) lagu klasik Melayu, disusun semula berserta satu (1) lagu baharu ‘Rindu Menyapa’ yang  kesemuanya diiringi muzik Budapest Scoring Orchestra bersama pemuzik handalan Malaysia.



Lapan lagu Melayu klasik terpilih kali ini meliputi ‘Nak Dara Rindu’, ‘Menanti Di Ambang Syurga’, ‘Ketipang Payung’, ‘Jauh Di Mata’, ‘Mengapa Dirindu’, ‘Sejak Ku Bertemu Padamu’, ‘Dari Hati Ke Hati’ dan ‘Umpan Jinak Di Air Tenang’.

Akhir kata, sekali lagi Dayang menganggap album sekuelnya ini sebagai satu cara untuknya memperkenal kembali lagu Melayu klasik kepada generasi muda, dan dalam masa yang sama untuk semua yang mendengar menghayati kembali keindahan lagu-lagu Melayu lama. - KitaReporters


16
8
0
8
0

Copy Link: