Video| Derita Hazami dalam senyap! Hadapi ujian Covid-19, PKP! Tiada wang untuk makan, sewa rumah!
Published byHazami antara enam penyanyi diperkenal untuk menyertai program 'Paling Terpopular'.
Menurut Hazami yang masih bujang ini, pelbagai kesukaran dilalui hingga terpaksa mengikat perut, sewa rumah tertunggak selama 4 bulan dan banyak lagi. Keadaannya menjadi semakin parah awal tahun 2021 di mana akaun dalam bank tinggal RM200.
Menurut Hazami, kesusahan itu membuatkan dia terfikir untuk menjual piano kesayangannya bagi menampung kehidupan bagi mendapat wang sekitar RM4,000.
Kerana panik, Hazami menelefon semua persatuan seperti Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) dan Recording Performers Malaysia (RPM), serta syarikat penerbitannya dan menyatakan dia memerlukan bantuan kewangan.
Mereka menghulurkan bantuan segera dengan memberi pendahuluan (advance) dan dimasukkan ke dalam akaunnya tidak sampai 24 jam.
Ramai rakan artis turut ambil tahu dan membantu, antaranya Datuk Hattan dan Fauziah Latiff. Tambah Hazami, adik beradiknya turut banyak membantu.
Keadaan kembali sedikit lega sejak Januari 2022.
Hazami baru menceritakan penderitaannya sekarang kerana enggan menagih simpati.
Dia mendedahkan penderitaannya kepada kepada pengamal media dalam majlis pengenalan program realiti ‘Terpaling Juara’ terbitan TV3 baru-baru ini.
Hazami menjadi antara penyanyi legenda yang terbabit dalam program Terpaling Juara bersama Ifa Raziah dan Rahmad Mega serta tiga peserta yang dipilih dari uji bakat yang diadakan pada 2 dan 3 Julai 2022 lalu yang disertai 380 orang.
Hazami yang mula aktif dalam bidang nyanyian sejak 2002 mulai dikenali apabila merakamkan lagu ‘Soneta Musim Salju’ saduran daripada sebuah lagu Korea. Lagu ini mendapat tontonan lebih 2.2 juta kali dalam YouTube.
Hazami yang mempunyai suara unik menduduki tempat keempat dalam pertandingan realiti Gegar Vaganza musim 4 terbitan Astro Ria pada 2017.
Kini HazamI menyertai ‘Terpaling Juara’ terbitan TV selain untuk menguji kemampuan sebagai penghibur juga mengharapkan kejayaan setinggi mungkin. Baginya jumlah wang yang ditawar menjadi impian peserta yang bertanding.
Hazami menjadi antara penyanyi legenda yang terbabit dalam program Terpaling Juara musim pertama bersama Ifa Raziah dan Rahmad Mega serta tiga peserta generasi baru.
‘Terpaling Juara’ memulakan pertandingan pada Ahad, 21 Ogos 2022 ini dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jam 9 malam selama 8 minggu.
Juara akan menerima hadiah wang tunai RM100,000; naib juara, RM50,000; dan pemenang ketiga, menerima RM30,000.