Video| Tak salah berkahwin lagi setelah habis edah! Anita Baharom minta doa agar hidup baharu kekal!

Published by
KitaReporters


Engku Isyamuddin menyarung cincin setelah melafazkan akad nikah.


PELAKON Anita Baharom, 39,  beranggapan tidak salah dia berkahwin belum setahun menjanda kerana sudah lepas edah. 

Dia mahu mengecap hidup baharu yang bahagia dan meninggalkan kenangan indah hampir 16 tahun bersama suami terdahulu sebagai kenangan abadi, namun dia perlu kehidupan baharu untuk dikecapi.

Bekas suaminya  Mohd Ismadi Ismail meninggal secara mengejut pada 1 Januari 2022.


Lagi




Anita menyatakan demikian sebagai membalas teguran sejumlah individu yang mempertikai pernikahan keduanya belum setahun kematian bekas suami. Sebaliknya, beliau berharap masyarakat mendoakan yang terbaik agar jodoh kekal sehingga akhir hayat.

Menurut Anita, dia tidak merancang untuk berumah tangga lagi tetapi Tuhan memberi jodoh baharu dan dia tidak dapat mengelak takdir untuk menikmati hidup berumah tangga kedua yang diharapnya kekal sehingga akhir hayat.


Anak sulung mendampingi Anita ketika akad

Ia ditambahi setelah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ketiga-tiga anaknya Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar serta kaum keluarga yang lain dan sejumlah sahabat handai.

Anita tidak mahu menunggu lama bagi menghalalkan perkara baik selain ia dapat mengelak fitnah daripada masyarakat. 

Akhirnya Anita bersetuju menerima lamaran Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, walaupun dia adalah duda yang sudah berkahwin 5 kali dan mempunyai 8 orang anak.



Anita mengelap muka suami selepas disarung cincin

Anita mendedahkan dia tidak berfikir panjang menerima lamaran Isyamuddin yang melamarnya pada hari kelahiran ahli perniagaan itu pada 19 Oktober 2022 setelah tiga anaknya memberi respons positif terhadap hasratnya mendirikan rumah tangga kali kedua. 


Dengan sekali lafaz Engku Isyamuddin sah menjadi suami Anita

Akhirnya hubungan kedua-duanya dihalalkan setelah majlis ijab kabul dijalankan di Garden Hall, Bizmilla One City, Subang Jaya pada jam 11.50 pagi Khamis, 22 Disember 2022.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom, dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Muhammad Hakimi Mustapa dengan sekali lafaz.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin tiga dinar emas, namun jumlah hantaran dirahsiakan. 

Majlis pernikahan dihadiri lebih 100 tetamu, termasuk keluarga dan rakan terdekat. Majlis resepsi pula berlangsung pada sebelah malam di lokasi sama.

Sebelum majlis ijab kabul diadakan majlis khatam al-Quran untuk pengantin lelaki dilakukan. 

Anita dan Engku Isyamuddin mula mengenali antara satu sama lain sejak 2017 ketika acara Sukan SEA dan mulai rapat apabila Anita tamat edah. - KitaReporters


/

Engku Isyamuddin khatam al-quran sebelum akad

13
6
0
16
0

Copy Link: