Video| Nak jadi lelaki kena berani! Abang ni berhenti, keluar dari kereta! Ngorat awek kereta depan!

Published by
KitaReporters


BUKAN mudah untuk mendapatkan cinta hati, di mana seorang lelaki itu perlu membuka langkah terlebih dahulu dan berusaha bagi mendapatkan gadis idaman mereka.

Tular sebuah video memaparkan seorang pemuda yang sangat berani memikat wanita yang diidamkan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat sehingga menjadi bualan netizen.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alam percintaan


Kelihatan seorang lelaki tiba-tiba sahaja turun dari kereta dan bergerak ke arah kereta seorang wanita dengan tujuan untuk memikatnya.

Tetapi, usaha lelaki ini tidak berbaloi apabila dilihat kembali semula ke keretanya kerana ditolak oleh wanita tersebut. Rupa-rupanya wanita ini memegang status sudah berpunya.



Jadi seorang lelaki memang kena berani, tetapi jika ditolak jangan putus asa untuk mendapatkan cinta hati kerana itulah dugaan untuk mendapatkan seseorang yang dicintai.

Semoga urusan abang ini dipermudah untuk mencari jodoh dan bertemu dengan kekasih hati yang boleh menerima kita seadanya. - KitaReporter


11
12
0
12
0

Copy Link: