Video| Orangnya cantik tapi suaranya garau! Macam jantan! Nurnazrah bangga punyai keunikan suara!
Published byPopulariti ditambah lagi setelah dia muncul dalam siaran Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada 2 Januari 2024 dan Radio Hot FM.
Nazrah bersama ibu bapa
Bagi menjawab kegusaran orang ramai, Nazrah memuat naik video pada 30 Disember 2023 lalu bagi menjawab semua keraguan.
Dalam video itu, Nazrah membuktikan dirinya wanita asli dengan menunjukkan foto-foto sejak kecil hingga dewasa. Dia juga menunjukkan foto keluarga di mana dia selalu memakai hijab.
Nazrah turut memperlihat kad pengenalan sebagai membuktikan dia memang seorang wanita.
Menurut Nazrah, suaranya berubah garau seperti suara lelaki sejak berusia 18 tahun. Proses ‘pecah suara’ itu bermula sejak berusia 17 tahun.
Dia pernah membuat rawatan namun doktor namun tidak menemui masalah pada pita suaranya. Jadi dia pasrah menerima pemberian Allah SWT dengan lapang dada.
Nazrah bangga kerana memiliki ibu bapa angkat, Zawiyah Hasim, 58, dan Abd Samat Abd Sawab, 60, yang mengenali dirinya sejak kecil.
Dia diambil sebagai anak angkat sejak berusia dua tahun dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang.
Menyentuh soal jodoh, Nazrah belum memikir ke arah itu. Namun Nazrah berharap akan mempunyai suami yag dapat menerima ‘kelainan’ yang dimilikinya. - KitaReporters