Video| Che Ta tampil tanpa solekan dalam medsos! Ramai terpegun! Patutlah Zain jatuh cinta! Awet muda!
Published bySuami kepada pelakon dan selebriti popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta iaitu Zain Saidin pernah mendedahkan bahawa dia jatuh cinta kepada isterinya itu ketika melihatnya tanpa solekan.
Yalah, perbezaan umur yang ketara antara mereka berdua adakalanya menimbulkan kata-kata tidak sedap didengar di belakang mereka. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 iaitu ketika Che Ta berusia 40 dan Zain, 29 tahun.
Pasti ramai mengenali Che Ta, seorang pelakon, pengacara dan juga ahli perniagaan yang sering tampil cantik di khalayak umum. Bukan Che Ta namanya kalau tidak tampil sedemikian.
Terkenal dengan bulu mata palsunya yang bertingkat-tingkat dan solekan, ibarat nak keluar pergi kedai serbaneka pun Che Ta akan tampil glamour.
Che Ta gemar berpakaian glamour dan mengenakan solekan tebal.
Tiada yang pelik atau menghairankan kalau anda
terserempak di luar dengan penampilannya itu. Tapi anda wajib berasa pelik atau
hairan kalau terserempak dengannya tanpa sebarang solekan atau berpakaian glamour.
Bukan sahaja di luar, malah dalam media sosial juga Che Ta akan mengenakan solekan dan berpakaian glamour. Bulu mata palsu, pasti tidak ketinggalan.
Justeru, tidak hairanlah kalau perangainya itu, diikuti anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan iaitu Aaisya Dhia Rana yang kini berusia 10 tahun.
Ke mana kuah kalau tidak tumpah ke nasi.
Ramai yang mahu melihat pelakon ini tampil tanpa solekan. Tidak kisahlah di luar atau dalam media sosial, asalkan mereka boleh menatap wajah polosnya.
Permintaan orang ramai itu seakan-akan dipenuhi Che Ta apabila dia berkongsi videonya tanpa solekan dalam TikTok.
Mengenakan baju berwarna jingga dan tudung berjenama mewah, kelihatan Che Ta sedang membuat review (ulasan) tentang produk kecantikan.
Dengan wajah polos tanpa solekan dan bulu mata palsu, penampilannya itu membuatkan ramai terpegun melihat kecantikan aslinya.
Paling melucukan, ramai menyamakan wajah Che Ta tanpa solekan seiras ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Vida versi kurus. Malah tidak kurang juga menyamakannya dengan Nur Sajat yang kini menetap di Australia.
Menurut netizen, Che Ta kelihatan sangat cantik dan awet muda sekiranya tidak mengenakan solekan tebal. Justeru, tidak hairanlah kalau Zain jatuh cinta padanya ketika melihat Che Ta tanpa solekan.
“Tak hairanlah Zain jatuh cinta masa tengok muka dia tanpa mekap, sungguh aihhh. Memang natural beauty,” tulis salah seorang netizen. - KitaReporters