NASIB lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sama ada dapat menunaikan rukun Islam kelima itu akan diumum pada Khamis, 11 Jun 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. : KitaReporters

Arab Saudi belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai badat haji bagi musim 2020M/1441H. - Kredit foto: Facebook

"Kita buat perbincangan secara khusus dengan pihak berautoriti dan ada kena mengena dengan dasar yang ingin diputuskan. 

"Insya-Allah pada Khamis ini kita akan umumkan,” katanya pada sidang media berkenaan kad laporan bagi Mei dan pelancaran laman web rasmi menteri di Putrajaya hari ini Selasa, 9 Jun 2020.

Turut akan diumumkan pada Khamis ini ialah keputusan sama ada solat Jumaat dan berjemaah akan dibenarkan diadakan di masjid seluruh negara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok, Rabu 10 Jun 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Kredit foto: Facebook
Pada 7 Jun 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP bagi menggantikan PKPB dalam strategi negara memerangi pandemik Covid-19.

Hampir keseluruhan sekatan yang dibuat sebelum ini telah dibuka semula dalam PKPP.

Sementara itu, negara jiran Indonesia sudah mengumum pada 2 Jun 2020 bahawa negara itu tidak akan menghantar jemaahnya menunaikan haji pada tahun ini

Keputusan itu mengecewakan lebih 221,000 jemaah haji Indonesia yang berada berada dalam senarai untuk menunai haji bagi tahun ini.

Dalam pada itu, keputusan dari negara ASEAN yang lain belum diperoleh.

Bagaimanapun, Kerajaan Arab Saudi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada ibadat haji dapat dijalankan atau tidak.

Namun, adalah difahamkan daripada laporan-laporan dari Arab Saudi, ibadat haji akan tetap dijalankan dengan menetapkan protokol ketat

Malahan mungkin beberapa negara dilarang menghantar jemaah haji atas faktor kesihatan. - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: