SEORANG penduduk, Aminudin menunjukkan lokasi mayat Siti Soleha dijumpai selepas dipercayai dibunuh oleh BN pada 4 Ogos 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


AKIBAT tidak menjawab panggilan telefon sebanyak tiga kali menyebabkan seorang janda beranak dua mati dibunuh dengan sebilah parang oleh kekasihnya di Gang Taher, Desa Malang Rapat, Kacamatan Gunung Kijang, Kabupaten Bintan, di Kepulauan Riau, Indonesia  pada Rabu 5 Ogos 2021. 

Tragedi menyayatkan hati itu berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika Siti Soleha, 29, berjalan bersendirian pulang ke rumah sewanya di desa itu.

Sebaik tiba di tempat kejadian, kekasihnya yang bernama BN, 40, sudah pun menunggu janda tersebut lalu menetak leher dan kepala Siti Soleha dengan sebilah parang menyebabkan mangsa terjatuh tersungkur ke tanah. 


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan

BN (tengah) ditahan oleh polis selepas dipercayai membunuh kekasihnya janda anak dua di Desa Malang Rapat pada 4 Ogos 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


``Saya cukup sakit hati sama dia (Siti Soleha) kerana saya telefon sebanyak tiga kali dia tidak menjawab. Saya tidak tahu kenapa dia tidak mahu jawab panggilan saya.

``Maksud saya, jika ada masalah, selesaikan secara baik-baik,’’ kata BN kepada TribunPapua.com ketika membuat liputan berkaitan kes tersebut.

Dengan wajah yang tunduk, BN memberitahu, sebelum kejadian itu dia selalu mengatakan kepada Siti Soleha bahawa menghargailah dirinya sebagai lelaki yang sejati.

BN yang berkerja di sebuah ladang kelapa sawit di desa itu mengaku telah bercinta dengan mangsa sejak hampir tujuh bulan lalu.

Pasangan kekasih terbabit masing-masing berasal Kabupaten Soe, Provinsi Nusa Tenggara Timur (NTT).

Mayat mangsa diketemukan oleh beberapa warga di lokasi berkenaan yang terletak tidak jauh dari rumahnya kerana semasa kejadian itu berlaku mangsa sempat menjerit meminta tolong dan jeritannya didengari penduduk berdekatan sebelum melaporkan kepada pihak polis.


BAMBANG Sugihartono (duduk tengah) dan berdiri di belakangnya ialah BN. - Kredit foto: Tribunnews.com


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintan, AKBP Bambang Sugihartono berkata polis telah menahan suspek selepas dua jam kejadian pembunuhan itu berlaku.

Menurutnya, ketika ditahan suspek bersembunyi di hujung kawasan ladang kelapa sawit dan cuba melarikan diri daripada pihak polis.

``Kita juga telah mengambil sebilah parang yang digunakan dalam kejadian itu dan parang tersebut disimpan di rumahnya,’’ kata Bambang. - KitaReporters


BAMBANG (dua dari kanan) sedang bertanya sesuatu kepada BN di Balai Polis Bintan. - Kredit foto: Tribunnews.com

0
1
4
0
7

Copy Link: