Kibarkan bendera ungu untuk hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. KitaJaga.co menawarkan jalan mudah dan selamat untuk menggalakkan orang ramai membantu mereka yang memerlukan dengan mengumpulkan barang daripada pihak penderma yang mengibar bendera ungu.

Imbas kembali... Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa di seluruh negara, ramai rakyat mengalami kesempitan hidup sehingga ada tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas harian seperti makanan dan susu bayi serta membayar sewa rumah

Keadaan yang begitu terdesak akibat PKP yang berlanjutan makan dua tahun sebelum ini menjejaskan kelangsungan hidup sesetengah golongan masyarakat khususnya keluarga berpendapatan rendah, telah mencetuskan gerakan bendera putih.

Bagaimanapun alhamdulillah, rakyat di negara ini kini semakin lega kerana sudah dapat kembali bekerja dan beraktiviti  dengan mematuhi SOP. Bahkan ada yang sudah berani keluar untuk melancong bercuti dan berekreasi di dalam dan luar negara, itu bagi yang ekonominya tidak terkesan oleh PKP berikutan wabak covid-19. 

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kibar bendera

Satu ketika, jumlah bendera putih lebih banyak daripada bendera ungu yang kelihatan dalam laman sesawang KitaJaga.co 



Di sebalik kemeriahan suasana mereka yang mampu berbelanja dan bersuka ria ke sana ke sini seperti terpapar dalam laman media sosial, ada golongan yang hanya mampu melihat sahaja. 

Tentunya ada yang masih terkesan kerana sekian lama kehilangan pekerjaan dan jatuh teruk dalam perniagaan, usahkan nak melancong dan bersuka-ria, malah tidak ada perbelanjaan nak keluar mencari pekerjaan, dan terpaksa mengikat perut kerana keputusan makanan.

Biarpun mereka disarankan mengibarkan bendera putih untuk meminta bantuan daripada orang ramai, namun tidak semua sanggup melakukan itu lantaran ia membabitkan maruah, terutama bagi yang pernah senang sebelum ini. 

Mereka akan fikir dua kali untuk melakukannya, hanya kerana malu sedangkah mereka boleh saja mengangkat bendera putih.



Dengan itu, jika kita mengetahui adanya orang di sekeliling dalam kesusahan, pekalah dengan menghulurkan bantuan atau memaklumkan kepada organisasi yang melaksanakan kegiatan membantu.

Di samping Kempen Bendera Putih yang tidak ada had masa, KitaJaga.co menganjurkan Kempen Bendera Ungu yang dilancarkan untuk memperkasakan golongan bendera putih, di samping mendorong rakyat Malaysia yang dermawan mengekalkan semangat memberi. 

Jikalau bendera putih mewakili orang yang memerlukan bantuan, maka bendera ungu mewakili semangat murah hati orang Malaysia.



Menurut pengasas Kita Jaga, Reza Razali, “Ketika sentiment rakyat di Malaysia agak murung, kami percayai orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat sememangnya murah hati dan ingin membantu.  Usaha kami melalui Kita Jaga bertujuan meraikan semangat tersebut dan menyatukan rakyat di bawah satu bendera

"Selain daripada meluaskan kesedaran, Kita Jaga menawarkan satu penyelesaian untuk mengalakkan orang ramai menghulurkan bantuan. Ini adalah usaha sesama kita demi membantu rakyat Malaysia.”

Komunikasi mengenai hasrat membantu boleh dibuat menerusi dalam talian dalam laman web KitaJaga.co dan lambang bendera boleh dipasang di lokasi anda secara dalam talian. Mudah saja!


Komunikasi mengenai hasrat membantu boleh dibuat menerusi dalam talian dalam laman web KitaJaga.co.


Reza berkata," inisiatif itu bertujuan mengatasi cabaran risiko kesihatan kerana akan ada pasukan untuk mengurus pengambilan barang-barang daripada orang yang hendak menderma dan menguruskan penghantaran kepada pihak yang memerlukan. Dengan berbuat demikian, kami berharap dapat mendorong lebih ramai orang untuk tampil membantu.”

Mereka yang ingin menyertai Kempen Bendera Ungu, hanya perlu mengikuti beberapa langkah berikut:

  1. Mendaftar di KitaJaga.co
  2. Pasang bendera ungu maya ke lokasi anda
  3. Menyiapkan sumbangan (seperti keperluan harían, barangan bayi, keperluan alat tulis, dll.)
  4. Umumkan kepada Pasukan Bendera Ungu yang sumbangan anda telah disediakan


Pinkan lokasi anda dengan bendera ungu di laman web KitaJaga.co untuk memaklumkan dan menyertai kempen memberi sumbangan.


Pasukan Bendera Ungu akan mengumpulkan sumbangan anda untuk dihantar ke rumah dengan bendera putih, tanpa caj dan sekali gus memastikan keselamatan penderma dan penerima.

Walaupun rakyat sudah kembali boleh bekerja dan beraktiviti serta bergerak ke sana sini dengan SOP, fikirkan juga mengenai mereka yang masih terkapai-kapai untuk memulakan langkah bangkit semula meneruskan hidup. 

Justeru, kempen bendera ungu masih diteruskan dan setakat ini tidak mempunyai tempoh masa kerana pihak Kita Jaga masih ingin mendorong orang ramai khususnya penderma tampil ke hadapan membantu mereka yang memerlukan.

Itu adalah respons Kita Jaga terhadap nasib golongan miskin dan kurang bernasib baik. 

KitaJaga.co didirikan bertujuan merapatkan jurang antara mereka yang memerlukan bantuan dan mereka yang ingin membantu dengan cara  berkesan. - KitaReporters

12
12
0
12
0

Copy Link: