Video| Terbaiklah AtyDeen! Perkongsian berguna! Ramai tak tahu! Terdapat 7 kategori OKU di dunia!

Published by
KitaReporters


Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di dunia terdapat pelbagai klasifikasi. Namun kita hanya tahu yang mengalami masalah pendengaran dan masalah penglihatan.

Namun, seorang wanita OKU ingin mengajar semua orang di Malaysia agar lebih peka dan mengetahui bahawa terdapat 7 jenis atau klasifikasi OKU.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan OKU


Wanita ini memberitahu golongan OKU juga mempunyai kod serta bahasa isyarat bagi setiap klasifikasi, Antaranya:

  1. DE- Deaf (pekak)
  2. BL – blind (buta)
  3. SD – speech disability (pertuturan)
  4. PH – physical (fizikal)
  5. LD – learning disability (kesukaran pembelajaran)
  6. ME – mental
  7. MD – multiple disability (pelbagai kesukaran)

Disebabkan perkongsian wanita ini dalam TikTok, ia mendapat tontonan hampir satu juta dalam akaun TikToknya (@atydeen).



Rata-rata netizen yang menonton perkongsian gadis ini merasakan inisiatif yang dilakukan sangat bagus dan bermakna buat semua rakyat Malaysia agar peka dengan golongan OKU dan cara mereka berinteraksi.



Terima kasih AtyDeen atas perkongsian yang baik dan berguna. - KitaReporters

13
10
0
20
0

Copy Link: