IKLAN tersebar dalam media sosial untuk mempromosikan kegiatan perjudian dalam talian sempena sambutan hari raya. 


LIMA individu termasuk pengarah, komposer dan penyanyi video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi ditahan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata penahanan kesemua mereka dibuat di sekitar ibu negara dan Selangor, pada Ahad malam, 18 April 2021. 

“Pengarahnya yang diburu sebelum ini dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian atas talian untuk menerbitkan video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin, 19 April 2021. 


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah. Kredit Foto Malaysia Gazatte


Setakat ini, jumlah keseluruhan individu yang ditahan terlibat dalam pembikinan dua video iklan lagu raya kontroversi tersebut adalah seramai 18 orang.

Kesemua mereka yang terbabit, kata Mohamad Zainal terbabit akan direman bermula Isnin 19 April 2021.

Buat masa ini, katanya polis masih meneruskan siasatan bagi menjejaki sindiket perjudian dalam talian yang menjadi dalang dalam pembikinan video tersebut.

Sebelum ini, 13 tangkapan dibuat melibatkan pelakon, penerbit dan kru penerbitan pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi itu dengan sembilan tangkapan bagi kes pertama manakala empat tangkapan bagi kes kedua. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah menunjukkan gambar dan maklumat individu terlibat mempromosikan judi dalam talian. - Kredit foto MalaysiaGazette. 

0
1
1
0
0

Copy Link: