Berita Terkini| Daging sejuk beku India masih diimport! Tapi prosedur pengimportan diketatkan!
Published byGambar hiasan... Malaysia masih import daging dari India namun hanya daripada sumber rumah sembelih yang diluluskan. - Kredit foto: Harian Metro
PENGIMPORTAN daging sejuk beku dari India masih lagi diteruskan di Malaysia biarpun
jangkitan Covid-19 di negara berkenaan semakin buruk dengan kadar kematian
serta jangkitan harian tinggi direkodkan setiap hari.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata bagaimanapun prosedur pengimportan daging sejuk beku ke Malaysia sentiasa diperketatkan dari semasa ke semasa bagi tangani sebarangan kemungkinan atau isu keraguan.
“Setakat ini belum ada keputusan sama ada kerajaan mahu melarang pengimportan daging sejuk beku dari India atau sebaliknya.
“Jadi, proses pengimportan daging sejuk beku dari India masih dibenarkan sehingga kini namun ia hanya daripada sumber rumah sembelih yang diluluskan di India," katanya dipetik oleh Berita Harian, 2 Mei 2021.
Sementara itu, media sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum mengeluarkan laporan berhubung jangkitan Covid-19, menerusi daging sejuk beku seperti ditemui penyelidik China.
Ketua
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya akan
meneliti perkara itu, selepas verifikasi daripada WHO dan memaklumkan setakat
in tidak ada jangkitan Covid-19 daripada daging sejuk beku yang diimport ke Malaysia. -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter