Berita Terkini| Tindakan tegas palsukan surat rentas negeri! Semakan terperinci elak penipuan

Published by
KitaReporters

SEMUA anggota polis di sekatan jalan raya dan pasukan pemantau diarah supaya membuat semakan terperinci pada surat kebenaran merentas negeri bagi mengelak pemalsuan. - Kredit foto: freemalaysiatoday.


POLIS  akan mengambil tindakan tegas jika orang ramai cuba memberi dokumen palsu atau memalsukan surat merentas negeri.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata beliau sudah mengeluarkan arahan kepada semua anggota polis di sekatan jalan raya dan pasukan pemantau supaya membuat semakan terperinci pada surat kebenaran merentas negeri, bagi mengelak pemalsuan.

 "Saya menyeru orang ramai tolong jangan sesekali bawa dokumen palsu kerana natijahnya cukup terkesan, jika berlaku penularan Covid-19. Denda yang dikenakan juga agak tinggi.

"Walaupun kes di Kedah masih lagi pada angka 30-50 sehari, namun kita perlu ambil iktibar kes negeri lain yang jumlah kesnya tinggi,” katanya yang dipetik oleh Berita Harian Ahad, 25 April 2021.

Tegas Hasanuddin surat merentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan saja. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Tegas Hasanuddin surat merentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan. - Kredit foto: Bernama

0
2
0
0
1

Copy Link: