Berita Terkini| Acryl Sani sah Ketua Polis Negara! Mulai 4 Mei 2021! Siapa jadi Timbalannya?
Published byAcryl Sani Abdullah Sani (kanan) menerima watikah surat pelantikan beliau sebagai KPN baharu dari Hamzah Zainudin. - Kredit foto: Tangkap layar FB Live Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu berkuat kuasa Selasa, 4 Mei 2021 sehingga Oktober 2021 iaitu pada tarikh persaraan beliau nanti.
Pelantikan Acryl
Sani bagi menerajui kepimpinan Polis Diraja Malaysia susulan Tan Sri Abdul
Hamid Bador akan menamatkan kontraknya sebagai KPN pada 4 Mei 2021.
Penyerahan
surat pelantikan diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sewaktu
Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Polis Negara ke-13 pada 30 April 2021
bertempat di Putrajaya.
Sebelum
ini, nama beliau disebut-sebut sebagai KPN baharu, manakala Pengarah Jabatan
Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya antara calon yang dikatakan layak memikul tanggungjawab sebagai Timbalan KPN
menggantikan Acryl Sani. -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter