Berita Terkini| PKP: Rentas negeri sempena Aidilfitri! Kementerian Kesihatan perlu umum awal!
Published byKementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) diharapkan membuat pengumuman lebih awal berkaitan
keputusan merentas negeri sempena Hari
Raya Aidilfitri nanti.
Menteri Kanan (Keselamatan),
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi memudahkan orang ramai membuat
persiapan lebih awal, sekali gus melancarkan perjalanan untuk para perantau yang
hendak pulang beraya di kampung.
“Keputusan boleh
atau tidak rentas negeri adalah atas nasihat KKM. Bila mereka buat penilaian
risiko, kalau dibenarkan apa risiko dan kesannya nanti, jadi kita tunggu dari
KKM sama ada boleh atau sebaliknya.
“Kuasa KKM membuat
penilaian risiko, kalau kita lihat dulu apabila rentas negeri dibenarkan terdapat 31 kluster
balik kampung, sebab itu kali ini KKM berhati-hati,” katanya dipetik laporan Kosmo , pada 10 April 2021.
Tambah Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, keputusan
status merentas negeri akan dilakukan dalam
masa terdekat agar rakyat boleh bersedia. - KitaReporters