PERLAWANAN Liga Super 2020 antara Kedah dan Sabah di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 19 September 2020 ini berisiko tinggi untuk ditukar venuenya ke luar negeri berkenaan jika situasi semasa pandemik Covid-19 menjadi semakin serius di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kota Setar. : KitaReporters

KEDAH atau Lang Merah mungkin jadi tuan rumah di luar negeri itu apabila menentang Sabah dalam Liga Super, 19 September 2020 ini. - Kredit foto MFL.


Lagi cerita-cerita berkaitan bola sepak:

https://kitareporters.com/search?search=bola+sepak


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pindaan drastik itu merupakan antara yang dipertimbang sekiranya perlawanan tersebut juga tidak mendapat kebenaran kerajaan untuk dilangsungkan di situ apabila PKPD Secara Pentabiran dikuatkuasakan 10 hingga 25 September 2020 di 28 mukim di daerah tersebut.

“MFL menimbangkan kemungkinan untuk melangsungkannya di luar Kedah atau meminda jadualnya jika situasi Covid semakin serius dan kerajaan tidak memberikan kebenaran bagi perlawanan di Alor Setar,” katanya dalam siaran media.   

CEO MFL, Ab. Ghani Hassan. - Kredit foto MFL


“Selain itu, MFL mungkin turut menggunakan mekanisme seperti perlawanan Liga Perdana 2020 antara Kuching FA dan Selangor 2 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching pada 28 Ogos 2020 lalu dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di bawah kelonggaran kemasukan pasukan di daerah PKPD.

KUCHING FA bergambar secara penjarakan sosial, antara SOP yang dikenakan 28 Ogos 2020 lalu setelah beberapa rakan mereka disahkan positif Covid-19. - Kredit foto Kuching City FC.


“Jika ada kelonggaran seperti itu dengan SOP ketat, saya fikir tiada masalah. Namun buat masa ini, tiada sebarang pindaan bagi perlawanan Kedah-Sabah pada 19 September (2020) ini, cuma MFL akan sentiasa memantau dan meninjau perkembangan terkini di Kedah.

“Kami juga akan berhubung dengan pasukan Kedah dan lawan-lawan seterusnya dalam mengemaskinikan maklumat sebelum memutuskan sebarang perubahan jadual akibat Covid,” kata Ghani yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

SOP ketat seperti di Stadium Negeri Sarawak, Kuching pada 28 Ogos 2020 lalu, bakal diterapkan di Stadium Darul Aman, Alor Setar. - Kredit foto FB Kuching City FC.  


MFL katanya, cuma berharap kesemua pasukan memahami dan tidak akan mempertikaikan jika berlaku sebarang pindaan jadual Liga Super atau Perdana kerana negara kita masih berdepan pandemik maut itu.

KEDAH berdepan kemungkinan kerajaan tidak membenarkan perlawanannya dengan Sabah di daerah Kota Setar yang dikenakan PKPD Secara Pentadbiran. - Kredit foto MFL.


“Jadi marilah kita sama-sama berdoa agar penularan Covid-19 di negara dapat dibendung bukan hanya untuk memastikan kelancaran Liga Malaysia tetapi yang lebih penting ialah demi keselamatan dan kesejahteraan kita,” katanya. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: