DEGIL LAGI!! MEMANG MENDAPATLAH JAWABNYA!
Published byNampaknya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19 masih dipandang remeh sesetengah golongan sehingga anggota pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kelihatan seperti 'berperang' dengan sifat 'kurang cerdik' golongan ini. : KitaReporters
Macam mana nak buat lagi. Peraturan dah buat. Undang-undang dah dilaksanakan. Nasihat pun sudah.
Tetapi kenapa masih ada segelintir manusia yang sukar mematuhi arahan dikeluarkan?
Golongan remaja terutama masih berdegil dan berkumpul serta bersembang sesama mereka tanpa ada rasa takut.
Begitu juga lelaki dewasa, masih ada yang melepak di kedai kopi, walaupun kedai tidak buka.
Masih ada yang mengambil kesempatan bawa anak isteri bersiar-siar tanpa rasa takut.
Ada lagi yang masih bermotosikal beramai-ramai di kawasan kampung.
Ibu bapa berbondong-bondong memasuki kawasan bandar membawa anak kecil ke pasar rraya tanpa rasa takut.
Kredit foto: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang
Hisss.. tak faham betul manusia macam nie
Pahang juga tidak terkecuali dan kini dengan pemantauan dan rondaan pasukan keselamatan yang lebih drastik dan agresif di setiap daerah, adalah diharapkan angka ini dapat dikurangkan sehingga tamat tempoh PKP dua minggu lagi.
Beberapa hantaran dalam laman sosial Facebook milik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, menunjukkan anggota polis menjalankan rondaan di beberapa lokasi sempena PKP di setiap daerah bagi tujuan menghalang orang ramai daripada terus berkumpul bagi membendung penularan wabak berkenaan.
Kami di mana mana..tak takut ke? - Kredit foto: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang
Mental rabak ke dik? Degil lagi ke balai la jawabnya!!
Antaranya :
Yang sibuk nak merayap merewang tak tentu hala tu pahal???
Nak pergi mana malam malam nie..Kan tidak dibenarkan keluar!!!
Kredit foto: FB Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang (https://www.facebook.com/PDRM06/)
Tindakan diambil oleh PDRM yang semakin agresif turut mendapat respons netizen yang rata-rata bersetuju kerana ia antara kaedah untuk merawat minda golongan yang masih ingkar PKP.
Dalam satu hantaran oleh pemilik akaun menggunakan nama Awani bin Pahang, beliau kelihatan seperti memerli sekumpulan remaja yang didakwa di Mahkamah Kuantan kerana ingkar PKP pada 31 Mac 2020.
Katanya :
"Simpan degil tu dan duduk di rumah kecuali ada RM1,000 dan suka penjara.
"Kau orang ada extra seribu ringgit untuk bayar denda? atau suka suki nak duduk 6 bulan dalam penjara?"
Di Kuantan, seramai 22 ttelah didakwa di mahkamah kerana ingkar PKP, manakala di Pekan pula, 17 remaja didakwa kerana ingkar PKP.
Degil tak boleh bawak bincang.
Kredit foto: FB Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang (https://www.facebook.com/PDRM06/)
Tolonglah mak ayah pantau anak-anak remaja anda. Jangan biarkan mereka keluar rumah lagi.
Duit boleh dicari untuk bayar denda tapi sekali positif COVID-19, menangis tidak berlagu jawabnya. Berpisah untuk satu tempoh yang lama.
Nak bagi insaf dan bertaubat ..sila tidur dalam penjara bhai !!! - KitaReporters