Video| Payah sangat nak faham! Isteri sekolahkan Daud Kim! Rasai pengalaman mengandung sehari!

Published by
KitaReporters


BIAR betul!! Suami disuruh melalui pengalaman `hamil` dan melakukan kerja rumah

Dengan matlamat serampang dua mata, pertama, bagi memahamkan suami mengenai keterbatasan isteri yang sedang sarat mengandung dalam melakukan kerja-kerja rumah; kedua, untuk konten YouTube mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Daud Kim

Mia memakaikan kain kendong dan meletakkan sebiji tembikai pada bahagian perut Daud Kim. - Kredit foto - Youtube Daud Kim


Berbagai idea Youtuber untuk kelainan konten dan tarikan tontonan dalam saluran masing-masing. 

Dalam video terbaru yang dimuat naik, Daud Kim dan isterinya, Mia menghasilkan video dalam saluran Daud Kim, bertajuk, "What if I get pregnant for a day?" (Bagaimana kalau saya mengandung sehari?) I atau saya di sini merujuk kepada si suami, Daud Kim. 

Seorang mualaf dan Youtuber di Korea Selatan yang dikenali sedunia serta mempunyai ramai pengikut Muslim. 


Begini keadaan Daud Kim dalam gaya mengandung. - Kredit foto: YouTube Daud Kim


Hasilnya, Daud Kim dan isterinya, Mia berjaya membuat pengikutnya dan penonton, baik lelaki mahupun wanita ketawa tak kering gusi. 

Bijak betul idea Mia kali ini, niatnya untuk sekolahkan si suami yang dirasakan terkadang kurang faham dengan keterbatasan dirinya yang sedang sarat mengandung dalam pergerakan mengendalikan tugas seharian di rumah

Aksi `permainan` mereka itu ternyata lawak, namun amat bermakna dan bermanfaat, bagi Mia, telah dapat menyedarkan suami mengenai hakikat itu dan juga memahamkan lelaki atau suami-suami lain di luar sana


Menunduk untuk mengambil barang di lantai pun nampak dalam kepayahan. - Kredit foto: YouTube Daud Kim


Dalam konten itu, Mia memberi peluang Daud Kim mengandung sehari dan membuat beberapa kerja rumah, yang lumrahnya dilaksanakan oleh Mia. Dia memakaikan suaminya dengan kain kendong bayi dan meletakkan sebiji tembikai pada bahagian perut.  

Selesai membentuk Daud Kim seperti orang mengandung, Mia kemudian ketawa puas melihat suaminya dalam  keadaan sepertinya (mengandung).

Mia seterusnya berlagak seperti suami memberi perintah kepada Daud, agar membuat kerja rutin seharian.


Membasuh pinggan mangkuk di sinki juga payah, akui Daud Kim. - Kredit foto: YouTube Daud Kim 


Dalam keadaan itu, Daud Kim membuat semua kerja seperti yang diperintah oleh Mia seperti membasuh pinggan di sinki, mengambil kain dari mesih basuh dan menjemurnya, tidur dengan dengan kandungan berat di perut dan membuat aktiviti duduk bangun di bilik air dan menunduk untuk memakai kasut.

Ternyata Daud dilihat melalui kesukaran untuk melakukannya, terutama sewaktu hendak duduk bangun dan membongkok dalam keadaan perut berat besar.


Mia juga menyuruh Daud merasai kepayahan untuk menunduk atau duduk bagi menyarungkan kasut. Nak bangun semula pun susah. - Kredit foto: YouTube Daud Kim



Tonton video YouTube berkenaan untuk melihat gelagat mereka dan mengetahui apa kata Daud Kim selepas melalui permainan itu. 

Hakikatnya mengandung 9 bulan 10 hari bagi wanita adalah sesuatu yang sangat mencabar, memerlukan ketahanan fizikal dan mental untuk melaluinya dengan sabar. Hanya wanita yang pernah melalui pengalaman itu mengetahui perit getirnya, apa lagi bagi yang kandungannya bermasalah atau pun yang alahan teruk.


Kepayahan untuk mendukung anak dalam keadaan mengandung. Kredit foto - YouTube Daud Kim


Sedangkan sesetengah suami dengan senang memberi arahan kepada isteri buat itu dan ini, masih lagi mahukan layanan istimewa seperti raja daripada isteri yang sedang sarat mengandung. 

Bagi suami yang masih tidak mahu faham walaupun telah ditunjukkan melalui permainan dalam video itu, apa kata buat seperti apa yang Daud Kim buat dan alami sendiri. Nanti anda akan faham mengapa tidak boleh sesuka hati menuduh isteri manja, mengada-ngada atau pun lembab membuat kerja ketika mereka hamil. 

Dengan pengalaman itu, semoga si suami akan faham dan lebih bertimbang rasa dengan si isteri yang sedang hamil dan sedia untuk menerima agihan kerja. Daud Kim akhirnya mengakui dapat merasai kepayahan seorang wanita melakukan kerja seharian sewaktu mengandung. - KitaReporters


Akhirnya Daud Kim mengakui, dapat merasai kepayahan wanita sewaktu melaku kerja seharian di rumah dalam keadaan sarat mengandung. - Kredit foto: YouTube Daud Kim 

0
1
0
0
0

Copy Link: