Keluarga Malaysia: Warga emas, anak yatim tak dilupakan! Lawatan amal ceriakan sambutan perayaan!
Published byARTIS-ARTIS JieYing (kiri), Joey Leong (kanan), Jonathan Lee (belakang) dan maskot harimau Uhuu memeriahkan lawatan amal Tahun Baharu Cina.
SEMPENA sambutan Tahun Baharu Cina dan menyahut aspirasi Keluarga Malaysia, kakitangan Kumpulan Multimedia bersama maskot harimau UHuu dan artis mengadakan lawatan amal ke rumah warga emas dan anak-anak yatim di Klang baru-baru ini.
Lawatan amal pada 22 Januari 2022 lalu itu diadakan di Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Chik Sin Thong, Persatuan Jagaan Kanak-Kanak Ekliptik dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih.
Semasa lawatan tersebut, keperluan makanan dan angpau disampaikan kepada penghuni di rumah-rumah tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tahun Baharu Cina
Kakitangan Kumpulan Multimedia mempersembahkan lagu-lagu klasik kepada penghuni Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Chik Sin Thong
Suasana kunjungan dimeriahkan dengan Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia Datuk Steven Lim Boon Siong bersama pengarah filem Teng Bee dan barisan artis Joey leong, JieYing dan Jonathan Lee mempersembahkan beberapa lagu termasuk lagu Tahun Baharu Cina.
Kemunculan maskot harimau Uhuu menambahkan lagi keceriaan warga emas dan anak-anak yatim.
Kanak-kanak Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih ceria bersama maskot harimau Uhuu.
Steven berkata, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu menghalang Kumpulan Multimedia daripada membuat aktiviti amal sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.
“Tahun ini, hasrat kami membantu golongan memerlukan sempena perayaan ini telah dapat dilaksanakan dan kali ini, kami membawa maskot harimau Uhuu bertemu dengan penghuni-penghuni rumah warga emas dan anak-anak yatim.
"Diharapkan kunjungan kami menaikkan semangat dan menyerikan sambutan Tahun Baharu Cina mereka,” katanya dalam satu kenyataan media pada 28 Januari 2022.
Steven Lim Boon Siong (kiri) dan Lim Boon Han (kanan) menyampaikan angpau kepada penghuni Persatuan Jagaan Kanak-Kanak Ekliptik.
Menurut Steven, lawatan amal tersebut pada masa sama bertujuan memberi kekuatan kepada kakitangan Kumpulan Multimedia serta semua pihak terlibat supaya tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan selepas tempoh pandemik ini.
“Tahun ini adalah tahun Harimau Air yang memberi signifikasi istimewa kerana ia melambangkan Harimau Malaya yang semakin terancam di negara ini.
"Haiwan ini melambangkan keberanian, integriti serta perpaduan. Oleh itu, bersama-sama kita semua berganding bahu supaya rakyat dan negara ini mencapai kemakmuran!” katanya dalam kenyataan itu lagi.
Turut memeriahkan lawatan amal tersebut adalah Pengurus Besar Kumpulan Multimedia, Datin Vince Chin; Pengarah syarikat Lim Boon Han dan juga rakan-rakan kongsi. - KitaReporters
Kakitangan Kumpulan Multimedia, artis dan rakan-rakan kongsi mengambil gambar kenangan ketika mengunjungi Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Chik Sin Thong