The World of The Married! Tak sakit pun jadi sakit! Geram!!
Published byCERITANYA begini... Sepasang suami isteri di Gosan, Korea Selatan berdepan masalah rumah tangga yang dahsyat angkara kecurangan. Tidak hanya melibatkan keluarga dan rakan sekerja, malah mengheret sekali sesiapa sahaja yang terjebak mengikuti perkembangan hubungan mereka. : KitaReporters
Lakonan mantap pelakon-pelakonnya menggoncangkan jiwa dan raga untuk terus mengikuti kisah mereka di sebalik TWOTM. - Kredit foto: FB The World of The Married.
Penangan #stayhome pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memasuki fasa keempat ini semakin hangat apabila peminat K-drama, khususnya diuji duduk di rumah dan berperang dengan jiwa dan emosi dek kerana melayan kerenah suami isteri itu menerusi drama terbaru, ‘The World of The Married’ (2020).
The World of The Married (TWOTM) bersiaran di stesen TV Korea menerusi saluran JTBC. Ia merupakan drama yang mendapat rating terbaik menerusi laporan, Nielsen Korea.
Manakala di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina drama TWOTM yang mempunyai 16 episod itu semakin tular, sekali gus ‘trending’ dalam media sosial. Ini kerana sekali menonton, dia punya ‘hook’ sampai tidak boleh berhenti.
Jika diikuti episod demi episod banyak plot dan hampir kesemuanya di ‘twist’ hinggakan sukar dijangka dan menampakkan semua watak di dalamnya adalah bertalamkan 18 muka.
Menjadikan penonton sentiasa beremosional.
Detik yang merobek perasaan sang isteri. - Kredit foto: FB The World of The Married.
Secara ringkasnya TWOTM mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Ji Sun Woo (Kim Hee Ae), seorang doktor perubatan yang mempunyai segalanya termasuk kerjaya dan kekayaan.
pada permulaan kehidupannya cukup bahagia dan sempurna bersama suami, Lee Tae Oh (Park Hae Joon) dan mempunyai seorang anak lelaki.
Pada babak ini sudah boleh disediakan tisu untuk terus menontonnya.
Dalam usaha Sun Woo mencari bukti kecurangan suaminya, perasaan sedih dan marah mula bercampur baur apabila rakan-rakannya berkomplot seolah memperbodohkannya dan salah seorang daripadanya, Sul Myung Seok (Chae Gook He) menjadi talam dua muka dengan menyampaikan maklumat kepada Tae Oh.
Pengkhianatan oleh rakan-rakan adalah antara babak yang meruntun emosi. Kredit Foto: FB The World of The Married.
Diringkas lagi, suaminya Tae Oh mempunyai hubungan dengan anak seorang yang berpengaruh di Gusan, Yeo Da Kyung (Han So Hee).
Keji!! Semasa berkahwin dengan Sun Woo, lelaki itu hidup atas penat jerih isterinya dan selepas itu menggunakan pula kekayaan bapa mertua barunya untuk mulakan hidup baru.
Semuanya jelas terpancar hasil komen dan muat naik status mereka dalam Facebook, Twitter mahupun Instagram.
Adakah anda juga salah seorang pengikut yang begitu?
Penuh penghayatan... Rata-rata warganet yang menonton TWOTM melepaskan geram masing-masing setiap kali selesai menonton K-drama ini.
Justeru itu, kehidupan sebagai suami isteri ternyata banyak cabarannya.
Namun begitu, masing-masing harus bijak dalam menangani setiap permasalahan yang timbul sehingga tidak perlu membabitkan orang lain.
Bimbang ada mangsa disebaliknya. – KitaReporters