PENGGUNAAN media sosial sangat memudahkan urusan semua orang untuk mencari sesebuah info atau banyak perkongsian yang boleh didapati melalui Facebook khususnya.

Namun tak semua perkongsian itu bermanfaat untuk kita gunakan. Baru-baru ini seorang pemuda @emrhaqim terjumpa grup Facebook yang dianggap sensitif dan merosakkan iaitu Group Tukar Pasangan Suami Isteri (Suka Sama Suka).

Dia, yang merasakan group ini sangat pelik dari segi maksud, membukanya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan 




Apa yang membuatkan beliau sangat terkejut apabila mengetahui bahawa group ini sangat sensitif dan kurang sopan apabila ada individu berstatus suami sanggup bertukar pasangan untuk merasai keseronokan.

Pada mulanya beliau membuka Facebook untuk mencari "tukar nama' kerana ingin mencari info hak milik di JPJ.




Bukan itu sahaja, dalam grup ini, si isteri juga menawarkan dirinya sendiri juga.



Lebih membuatkan semua orang berasa sangat-sangat tak masuk akal terdapat pasangan suami isteri yang jenis terbuka jika ingin melakukan hubungan seks bersama-sama.





Hakikatnya benda ni wujud dekat masyarakat kita. Jenis suami tawar isteri kat grup lelaki. Ada yang isteri pun 'on' je dapat 'rasa' yang lain. 




Manusia macam ni memang kahwin sebab seks je ke? Perbuatan ini katanya ibarat mencari barang sahaja, sangat mudah mereka lakukan.

Pastu ada yang komen: "Saya saya. Pm done pm done."

Beliau juga mempersoalkan mengapa pasangan suami isteri sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini sedangkan sudah berkahwin dan ada pasangan sendiri. "Why would you cari orang lain bila horny."

Tambahnya lagi, semoga isu ini dapat diselesaikan oleh pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab seperti polis dan SKMM. 



Namun, rata-rata netizen yang melihat posting ini sangat marah dan terkejut dengan perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh pasangan suami isteri yang seperti tidak tahu hukum-hakam dalam Islam.

Semoga kita semua dijauhkan dari perkara seperti ini. Amin!! - KitaReporters


1
2
2
0
1

Copy Link: