Tak suka kerja dilakukan! Remaja sanggup ngaku jadi mangsa penculikan! Untuk elak pergi kerja
Published byKENYATAAN yang dikeluarkan Jabatan Polis Coolidge mengenai kes penculikan yang berlaku ke atas seorang remaja 19 tahun di Arizona baru-baru ini. - Kredit foto: dailymail.co.uk.
KALAU mahu seribu daya kalau tak mahu seribu dalih mungkin itu perkataan sesuai kepada seorang remaja dari Arizona yang sanggup memalukan diri sendiri semata-mata mengelak diri untuk pergi bekerja.
Orang lain pening nak cari kerja demi kelangsungan hidup tapi berbeza pula dengan remaja yang tidak berminat dengan pekerjaan yang dilakukan selama ini.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Amerika Syarikat:
https://kitareporters.com/search?search=Amerika+Syarikat
BRANDON SOULES mengakui merancang perbuatan kerana mempunyai niat tertentu . Kredit foto: Odditycentral.
Memetik laporan portal Odditycentral, Brandon Soules yang bekerja di sebuah kilang tayar di bandar Coolidge mencari ‘jalan’ untuk mengelak dia bekerja dengan membuat helah kononnya menjadi mangsa penculikan.
Lebih mengejutkan dia sanggup mengikat tangannya sendiri dan menutup mulut sebelum merebahkan diri di jalanan.
Tindakan remaja berusia 19 tahun itu akhirnya mendapat perhatian orang ramai yang melalui kawasan berkenaan sebelum membuat laporan kepada pihak polis.
Malah remaja itu mengakui dia menjadi mangsa penculikan oleh dua individu yang tidak dikenali.
Namun sangat mengejutkan apabila tindakan yang dilakukan itu akhirnya memakan diri sendiri selepas polis berjaya mengesan dirinya menipu.
Alamak dah terkantoi…
Hasil siatan polis dan penemuan bukti menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan remaja berkenaan bukan diculik sebaliknya merancang tindakan berkenaan kerana mempunyai niat yang tersendiri.
Selepas didesak pihak berkuasa, remaja itu mengaku melakukan
semua itu semata-mata tidak lagi berminat untuk bekerja.
Terdahulu pasukan polis menemui Soules berada keadaan tidak terurus dengan keadaan kedua–dua tangan diikat selain mulut disumbat dengan kain.
MENDAKWA menjadi mangsa penculikan oleh dua individu yang tidak dikenali . Kredit Foto dailymail.co.uk
Seminggu kemudian polis menahan Soules kerana menipu
memberi maklumat yang tidak benar.
Kan dah kena…
Lebih mengejutkan dia juga dibuang kerja.
Dah elok-elok ada kerja tak mahu kerja pulak… Orang lain sanggup lakukan apa sahaja mendapatkan pekerjaaan demi kelangsungan hidup. - KitaReporters