KEGEMBIRAAN seorang wanita yang baru pulang bertemu kekasih bertukar menjadi sedih selepas menemukan anak perempuannya, kaku tidak bergerak sebelum disahkan meninggal dunia di Tokyo, Jepun baru-baru ini. Memetik laporan metro.co.uk, ibu muda berusia 24 tahun berkenaan, Saki Kakehashi kini ditahan polis berikutan tergamak meninggalkan anaknya seorang diri di rumahnya selama lapan hari demi kepentingan diri. : KitaReporters

TERGAMAK... Ibu muda bertindak kejam meninggalkan anak kecil berusia tiga tahun bersendirian di rumah semata-mata mahu bertemu kekasihnya. - Kredit foto: tokyoreporters.com


Lebih malang, kanak-kanak berusia tiga tahun itu, Noa tidak diberi makanan dan menjadi punca kematian berikutan terlalu lapar.

Kakehashi dikatakan meninggalkan Noa bersendirian di rumah pangsapurinya di Ota Ward Tokyo, semata-mata mahu bertemu kekasihnya kira-kira 600 kilometer dari Bandar Tokyo.

Ohhh!!! Apa jenis ibu nih sanggup tinggal si kecil bersendirian... tergamaknya kau!!

SAAT BAHAGIA...Noa dalam pelukan ibunya, Saki Kakehashi 


Sebaik saja pulang ke rumah, Kakehashi mendapati Noa kaku dan tidak bernafas sebelum menghubungi pasukan perubatan.

Namun sayangnya sudah terlambat anaknya sudah pergi buat selama-lamanya.

Hasil siasatan yang dilakukan mendapati punca kematian kanak-kanak berkenaan adalah disebabkan kekurangan air dalam badan selain kelaparan melampau.

Mahu tak lapar kalau dah lapan hari tak makan…

Malah terdapat kesan ruam pada bahagian punggungnya berikutan terlalu lama memakai lampin


Sementara itu, ibu muda berkenaan mengakui kesilapan yang dilakukan dengan meninggalkan anaknya bersedirian dan merasakan anaknya selamat.

Semoga jadi pengajaran kepada ibu muda!! Tak salah nak bercinta lagi tapi ingatlah tanggungjawab tu! - KitaReporters

 

 

 

 

4
0
2
1
3

Copy Link: