MENGEMBALIKAN status Muzium Hagia Sophia sebagai sebuah masjid adalah soal kedaulatan Turki dan reaksi daripada pemimpin negara dunia yang sengaja menimbulkan krisis antarabangsa sebagai sesuatu yang tidak munasabah, kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Ankara. Kitareporters.com

Masjid hampir seribu tahun, Hagia Sophia di Turki. - Kredit gambar: IslamCity.


Sebaik keputusan kerajaan Turki membuka semula masjid di tapak bangunan bekas gereja, yang kemudian dijadikan muzium, akan mencatatkan sejarah pada abad milenium dan pasca-Covid-19, apabila solat yang pertama kali dianjurkkan pada 24 Julai 2020 itu, bakal menghimpunkan 1,000 hingga 1,500 jemaah. 

Selepas 86 tahun masjid itu akan mula berkumandangan dengan alunan suara azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran selepas dihentikan oleh bekas Presiden Sekular Republik Turki Pertama, Mustafa Kemal Attaturk pada 1934 yang memutuskan untuk menukarkan Hagia Sophia atau Aya Sofya dalam bahasa Tukri sebagai muzium.

Keputusan Mahkamah Turki pada 11 Jun 2020 lalu memutuskan untuk memberi kebenaran kepada badan tempatan memansuhkan tindakan Kemal Attaturk itu yang  tidak sah dari segi undang-undang menggubah bangunan abad keenam ketika dinasti Byzantin itu sebagai muzium.

Agensi berita AlJazeera melaporkan sebaik mengumumkan pertukaran itu, Erdogan memutuskan solat pertama kali perlu dilangsungkan dalam tempoh dua minggu. 

Tindakan itu terus mendapat kritikan dunia termasuk dari Greek, Amerika Syarikat, Rusia dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), yang kini mengkaji balik status pengiktirafan Tapak Warisan Dunia.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan


Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu yang terkejut dengan tindakan badan dunia itu memberitahu pihaknya akan mengeluarkan kenyataan lanjut.  

Hagia Sophia yang sebelum ini menjadi gereja penganut Kristian Ortodoks selama 900 tahun. 

Sebaik kerajaan Uthamaniah diketuai Sultan Muhammad Al-Fatih memerintah kota Istanbul, baginda menukar bangunan itu menjadi masjid yang diwakafkan sehingga kiamat.

Sultan Muhammad Al-Fatih atau dikenali sebagai Sultan Mehmed II yang menjadi penguasa Uthmaniah ke-7 pada era 1444-1446 dan 1451-1481. 

Sepanjang tempoh itu, baginda membangun 300 masjid besar dan surau, 57 madrasah, 59 tempat pemandian umum di berbagai wilayah termasuk di Istanbul.

Sultan Muhammad yang tajam pemikirannya. - Gambar Gettyimage


Kiyai Hafidz dalam blog Kalam, menyebut sebagai penakluk, Sultan Muhammad boleh saja merampas semua kepemilikan orang-orang Kristian baik atas nama ghanimah, fai' mahupun anfal.  

Tetapi, baginda tidak melakukannya sebaik memasuki Konstantinopel dan masuk ke dalam bangunan ke Hagia Sophia, baginda terus memberi jaminan keamanan pada penduduk. 

Sultan kemudian menawarkan wang kepada paderi gereja untuk membeli bangunan dan selepas beberapa proses membaiki serta mengubah suai, kemudian dijadikan masjid. 

Surat pemilikan persendirian bangunan itu dikemukakan dalam perbincangan mahkamah ketika pihak berkuasa negara itu memeriksa 27,000 dokumen.

Mereka kemudian menemui hak milik bangunan secara tidak sengaja yang menunjukkan siapa pemilik sebenar. 

Ia atas nama Sultan Mehmed II  yang mencatatkan pemohonan kebebasan menggunakan sepenuhnya bangunan itu. 

Bangunan itu kemudian diserahkan sebagai masjid yang diwakafkan sehingga akhirat. 

Dokumen melaporkan bangunan itu dibeli oleh Sultan menggunakan wang peribadinya. Bukan dari dana negara, Baitulmal atau kekayaan kaum Muslim.

Sultan Muhammad yang ketika itu berusia 22 tahun turut menukar Kota Constantinople menjadi Istanbul. 

Kredit foto: Middle East Eye


Sementara itu, jurucakap kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AK Party), Omer Celik memberitahu sebarang gambar ikonik agama di bangunan akan ditutup dengan kain langsir atau pancaran laser ketika umat Islam bersolat.

"Segala ikon agama Kristian tidak ditutup ketika dibuka kepada semua pelawat luar waktu solat. 

"Pada masa sama pegawai pentadbiran masjid dibenarkan mengenakan caj tiket masuk," katanya. 

Setakat ini belum ada maklumat lanjut.

Sementara itu jurucakap Kementerian Turki, Turkish Hami Aksoy bersetuju, Hagia Sophia adalah isu dalaman negara itu dan tiada negara asing yang berhak campur tangan dalam hal yang membabitkan kedaulatan Turki.

"Hagia Sophia akan kekal menjadi `milik` semua orang dengan status baharu ini kerana kami mahu mengekalkan warisan kemanusiaan dalam berbilang budaya," katanya kepada agensi berita Anadolu.

Sehubungan itu juga, Kerajaan Tukri akan melantik lembaga khas yang menggabungkan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan serta Direktorat Hal-Ehwal Agama Turki (Biyanet) untuk mengawal selia dan mengekalkan bangunan itu daripada campur tangan asing.

Lembaga itu dilaporkan akan bekerjasama merangka aktiviti termasuk membaik pulih asas bangunan daripada risiko runtuh apabila kehadiran jemaah bersolat yang dijangka beribu-ribu orang, di samping mencari jalan menguatkan struktur bangunan daripada retak dan risiko ketika gempa berlaku.

Lembaga itu juga turut membincangkan jadual kemasukan pelancong.Hagia Sophia dan Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih

Hagia Sophia atau Aya Sofya yang bermakna kebijaksanaan suci adalah tempat ibadah paling bersejarah di Turki. - Kredit foto: Istimewa


Jika dikenang semula, Nabi Muhammad SAW telah meramalkan pasukan tentera umat Islam akan memasuki Konstantinopel (Istanbul, Tukri sekarang) dalam satu hadisnya berbunyi:

"Sungguh Konstantinopel akan ditaklukkan, sebaik-baik amir (pemimpin) adalah amir yang memimpin penaklukannya dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan itu." (HR Ahmad) - KitaReporters 

Hagia Sophia dan Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih

Jadi rebutan semua penduduk beragama kerana hasil seni binanya yang cantik. - Kredit gambar: Blog Kalam


3
0
0
0
0

Copy Link: