WAWA Zainal, isteri kepada Aeril Zafrel mendedahkan dia mula berasa sakit bersalin pada jam 2 pagi namun tidak sampai hati untuk mengejutkan Aeril yang sedang tidur.

Akhirnya apabila Aeril membawanya ke hospital pada jam 5 pagi dan diberitahu pintu rahimnya sudah terbuka sebanyak 9cm.

Pasangan selebriti itu selamat menimang cahaya mata keempat, pagi Selasa, 30 November 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Wawa Zainal


Bayi mereka belum diberikan nama dan kedua-duanya memperlihatkan gambar bersama bayi mereka dalam IG masing-masing. Tidak pula dinyatakan jantina bayi tersebut.

Menerusi hantaran dalam Instagram (IG), Wawa atau nama lengkapnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 30, berkongsi berita gembira tersebut.


Wawa menahan sakit sebelum bersalin

Menurut Wawa, dia mula berasa sakit pada jam 2 pagi namun tidak sampai hati untuk mengejutkan Aeril yang sedang tidur.

Namun Aeril atau nama sebenarnya, Suharil Suhari, membawanya ke hospital pada jam 5 pagi dan diberitahu pintu rahimnya sudah terbuka sebanyak 9cm.


Airel melihat bayinya setelah selamat dilahirkan

Dalam ruangan komen, beberapa artis turut mengucap tahniah. Antaranya Fauziah Naw, Izzue Islam, Ziela Jalil,Fasha Sandha, Mira Filzah, Mawa Rashid dan Zarina Zainuddin.

Aeril dari Batu Pahat, Johor dan Wawa dari Lahad Datu, Sabah yang merupakan pelakon yang kini sudah menjadi usahawan berjaya mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2013.

Mereka sudah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. - KitaReporters


8
8
0
16
0

Copy Link: