Bunkface beri impian baharu kepada karya lama! Kita Punya Malaysia! Versi Akustik! Lebih santai!
Published byKumpulan Bunkface terdiri daripada (dari kiri) Paan, Sam dan Youk. - Kredit foto: @bunkfaceband.
Kumpulan yang terkenal dengan muzik punk rock Malaysia, Bunkface ternyata cukup sinonim dengan dua patah perkataan berbunyi ‘Kita Punya’.
Pada tahun 2014, kumpulan yang dianggotai vokalis Sam, Youk (gitar bes) dan Paan selaku pemain gitar utama menamakan album ketiga mereka, “Malam Ini Kita Punya’ yang turut memuatkan lagu popular mereka 'Darah Muda'.
Berikutnya pada sambutan Hari Kebangsaan ke-61 pada tahun 2018. Bunkface tampil sekali lagi menyelitkan perkataan ‘Kita Punya’ dalam judul lagu yang dinamakan “Kita Punya Malaysia’, sebuah ciptaan yang dihasilkan khas sebagai lagu tema untuk meraikan hari kemerdekaan bersejarah itu.
Terkini, sekali lagi kumpulan ternama ini hadir dengan judul sama yang disifatkan mereka sebagai ‘karya lama yang diberi impian baru’ iatu “Kita Punya Malaysia versi Akustik’ khas bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-64.
Lagi cerita-cerita menarik Hari Kebangsaan
Single terbaharu itu yang liriknya ditulis oleh Sam, dilancarkan pada jam 12 pagi 27 Ogos 2021 lalu di seluruh platform rasmi Bunkface dan boleh didengar melalui link https://bfan.link/kita-punya-malaysia-acoustic.
Menurut Sam atau nama penuhnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 33, mengambil kira
suasana kemerdekaan tahun ini di mana negara masih lagi “berperang” dengan virus Covid-19, Bunkface mengambil langkah untuk mengubah sedikit aura lagu tersebut dengan gubahan yang lebih santai.
“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotisme dalam kalangan peminat dan pendengar muzik kami walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini.
"Kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang,” tambah Sam sambil diakui rakan anggotanya, Youk atau nama sebenarnya, Farouk Jaafar dan Paan atau Ahmad Farhan.
Dalam laman Instagram @bunkfaceband, kesemua mereka mendoakan agar negara kembali merapatkan saf bersama.Selamat Hari Kemerdekaan! - KitaReporters
Lagu asal 'Kita Punya Malaysia' yang dirakam pada tahun 2018.