Minat ekstrem! 10k pinggan dijadikan hiasan dinding rumah!

Published by
KitaReporters

JIKA sekadar hobi tidak cukup hebat andai tidak dilakukan secara ekstrim. Gara-gara hobi juga seseorang sanggup melakukan apa sahaja sehingga tidak peduli apa orang kata. Begitulah dengan seorang lelaki berasal dari Vietnam yang obses mengumpul koleksi pinggan mangkuk porselin, sekali gus menjadikannya sebagai kemasan dinding rumah. : KitaReporters

Nguien Van Truong, sentiasa memastikan pinggan mangkuk porselin miliknya berada dalam keadaan baik. - Kredit foto: Oddity Central.


Lagi cerita-cerita berkaitan Vietnam:

https://kitareporters.com/search?search=vietnam


Pernahkah anda membayangkan kemasan dinding rumah anda bukanlah daripada ‘wallpaper’ biasa tetapi menggunakan pinggan mangkuk yang dipakai untuk kegunaan harian? 

Seorang lelaki dari Vietnam, Nguien Van Truong, 58, telah menggantung dan menghias rumahnya dengan lebih 10,000 biji pinggan mangkuk porselin.

Oddity Central melaporkan, Truong menjadikan barangan itu sebagai perhiasan di dinding rumahnya, sejak 25 tahun lalu. Dia mula menggemari perhiasan porselin selepas bersara sebagai anggota tentera dan kembali ke kampungnya, Kieu Son yang terletak di wilayah Vinh Phuc.

Truong yang merupakan seorang tukang kayu berjinak-jinak sebagai pengumpul porselin sekitar tahun 1986 sehingga sanggup menjelajah sehingga ke wilayah utara Vietnam semata-mata untuk mendapatkan barangan berkenaan.

Menurutnya, seperti yang dilaporkan laman sesawang itu, walaupun porselin itu mempunyai corak berbeza dan kelihatan cantik, sebahagian besar barang yang dimasukkan ke dalam kediamannya itu agak murah.

Namun begitu, katanya lagi, ada juga sesetengahnya dia terpaksa juga mengeluarkan belanja besar memandangkan ia merupakan koleksi dihasilkan pada abad ke 17 dan ke-18. Dengan itu, Truong dikatakan sanggup meminjam duit daripada jiran, saudara mara dan juga rakan-rakan untuk mendapatkannya.

Sementara itu, pada peringkat awalnya Truong mahu menjual semula koleksi porselinnya memandangkan agak sukar dia meneruskan hobinya yang memerlukan lebihan kos pada masa-masa tertentu.

Namun begitu, hasrat tersebut telah dilupakan kerana terlalu sayangkan barangan tersebut. Terlintas di fikirannya untuk menyimpan hasil koleksinya itu dengan menjadikan barangan porselin itu sebagai dekorasi dinding rumahnya.

Truong bergambar di luar rumahnya menunjukkan susunan porselin yang dilakukan sendiri.


Ruang tamu kediamannya kelihatan sangat cantik dengan pelbagai corak porselin. 


Menurutnya, sekiranya disimpan terlalu lama ia dikhuatiri akan pecah atau dicuri, tapi dengan menjadikannya sebahagian daripada dekorasi, maka ia berada dalam keadaan baik sekali gus akan terus terpelihara.

“Minat ini tidak mementingkan nilai harga pinggan mangkuk itu, yang saya mahu hanyalah untuk memelihara budaya dan memastikan warisannya itu bertahan lama.

“Saya juga memberitahu anak-anak supaya mereka tidak menjual atau merobohkan rumah itu setelah kematian saya malahan mereka boleh tinggal di rumah itu,” ujarnya. - KitaReporters


2
0
0
0
0

Copy Link: