Berita Terkini| Empat ahli keluarga ditahan! Didakwa dera kanak-kanak dua tahun hingga mati!
Published byGAMBAR hiasan... Kesemua empat suspek kini ditahan di lokap IPD Betong sementara menunggu proses permohonan reman.
EMPAT ahli keluarga ditahan selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang disyaki menjadi mangsa penderaan, meninggal dunia dengan kesan cedera dan lebam pada bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Betong, Zamry Alli berkata, mereka
yang ditahan berumur di antara 22 hingga 65 tahun, termasuk ibu bapa kandung mangsa.
“Pegawai perubatan dari Hospital Betong di Sarawak
memaklumkan seorang kanak-kanak meninggal dunia pada 3.45 petang Ahad, 6 Jun
2021 kerana disyaki didera.
“Mangsa dihantar ke hospital oleh keluarganya pada 3
petang,” katanya dipetik oleh Berita Harian pada Isnin, 7 Jun 2021.
Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan semua suspek akan direman bagi membantu siasatan.
Zamry dalam pada itu berkata, jenazah kanak-kanak terbabit kini berada di Unit Forensik Hospital Betong bagi proses bedah siasat yang akan dilakukan dalam masa terdekat.
“Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati terdapat kecederaan serta kesan lebam dan bengkak pada beberapa bahagian anggota badan kanak-kanak tersebut yang berkemungkinan menyebabkan punca kematian,” ujarnya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
ZAMRY berkata ibu serta tiga lagi ahli keluarga kepada kanak-kanak dua tahun yang meninggal dunia kerana disyaki didera, akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Kredit sarawakvoice.com