Video| Tahniah Natasha Hudson! Kahwin kali kelima dengan Jay Jasmin! Harap kali ni yang terakhir!

Published by
KitaReporters

Pelakon Natasha Hudson, 39, berkahwin kali kelima dan berharap perkahwinan kali ini akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Tanpa heboh, Natasha kembali bergelar isteri kepada Jay Jasmin pada Ahad, 27 Mac 2022 lalu di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai.

Natasha meluahkan rasa syukur hubungan mereka sampai ke jenjang pelamin. Dia turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk perkahwinannya serta perhubungan mereka diberkati Allah.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan



Menurut Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Mohd Redzuan Hudson, dia memilih Jay kerana banyak persamaan antara mereka.

Kedua-duanya berkawan rapat ketika menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi, Kedah.

"Saya dah lalui beberapa pengalaman hidup yang mengajar betapa pentingnya untuk mengenali diri sendiri dan pasangan dalam membina hidup bersama. 

“Jay seorang yang sangat menakjubkan sejak hati pertama saya jumpa dia. Dia sangat memahami dan kami berkongsi banyak persamaan. Saya rasa sangat bahagia dengan penerimaan keluarganya.

"Dalam hidup ini tak ada sesiapa yang nak lalui apa yang saya dah lalui. Saya yakin dia adalah yang terbaik untuk saya. Seseorang yang hadir dalam hidup dan saya berdoa kepada Allah agar kami kuat untuk bersama sampai bila-bila.

"Untuk kali ini saya minta semua orang mendoakan kesejahteraan rumah tangga dan kebahagiaan hati kami berdua dalam melayari bahtera kehidupan ini bersama. Doakanlah Allah bantu bimbing dan memberkati perjalanan perhubungan kami ini," katanya.


/

Natasha dan Jay bergambar dengan anggota keluarga

Perkahwinan Natasha sebelum ini tidak bertahan lama.

Perkahwinan pertama, pada tahun 2006 dengan Mohd Faiz Mohd Raih tetapi hanya bertahan empat bulan. Perkahwinan kedua dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007, namun hanya bertahan dua tahun dan mendapat seorang cahaya mata.

Perkahwinan ketiga dengan penyanyi Carleed Khaza atau Khalid Kamal pada 2012–2018  dan mendapat dua cahaya mata. Perkahwinan keempat dengan Noor Nashriq Sekarnor hanya bertahan selama setahun dengan bercerai pada Oktober 2019.

Setelah melalui banyak pengalaman hidup dalam empat perkahwinan sebelumnya, Natasha akan menggunakan untuk membina kehidupan bahagia dan terakhir dalam perkahwinan kelimanya.

Natasha pernah membuat kejutan awal tahun 2022 ini apabila berpakaian membuka tudung yang sudah dilakukan selama 10 tahun. - KitaReporters

17
11
0
15
0

Copy Link: