Gegar Vaganza (GV) sejak bermula musim pertama pada 16 November 2014, telah menjadi pertandingan yang paling mendapat perhatian masyarakat tempatan.

Ia berjaya mengatasi  pertandingan popular terdahulu anjuran Astro iaitu Akademi Fantasia. Peminat industri hiburan sentiasa menunggu bulan-bulan akhir setiap tahun untuk menyaksi pertandingan GV musim seterusnya.



Keistimewaan GV ialah penyertaannya melibatkan penyanyi yang sudah membuat album tetapi sudah agak sepi. 

Ia adalah peluang untuk penyanyi ‘dalam kategori’ itu untuk kembali menonjol dan mencari rezeki dalam bidang seni. Dan ia dijuri oleh golongan profesional  dalam bidang muzik.

Sempena sedekad penganjurannya, Astro membuat pertandingan GV10 kali ini lebih gah dengan dikenali sebagai All Stars Gegar Vaganza (ASGV). ASGV memberi peluang kepada 10 juara GV musim 1 hingga 9 untuk kembali bersaing bagi merebut hadiah utama wang tunai RM200,000.




Para juara yang kembali bersaing ialah Ayai Ilusi (musim 1), Siti Nordiana (2), Azharina Azhar (3), Datuk Aishah Ariffin (4), Noryn Aziz (5),  Hardy Mirza dan Naqui Boboy (6), Cliff Umar (7), Aliff Aziz (8) dan Jaclyn Victor (9).

Satu perkara menarik ialah Astro memberi peluang untuk peserta yang menduduki tangga ke-2 hingga ke- 4 kembali bersaing. 

Sebanyak 23 penyanyi dipilih setelah tiga penyanyi sudah meninggal dunia iaitu Nassier Wahab (tempat ketiga GV2), Siti  Sarah Raisuddin (tempat kedua GV3) dan Adibah Noor (tempat keempat GV8). 




Siapa antara mereka yang dipilih telah diumum pada persembahan episod pertama GV10 atau ASGV pada Ahad, 24 September 2023 lalu. Pemilihannya berdasarkan undian orang ramai melalui laman sesawang dari 29 Ogos hingga 10 September 2023.

Ramai yang terkejut dengan nama beberapa penyanyi yang terpilih. Tidak kurang juga ramai yang hampa apabila beberapa penyanyi favorit tidak terpilih.  


Enam penyanyi 'top six' bakal bersaing sengit dengan penyanyi juara.


Astro membuat kejutan dengan menambah peserta hot seats dari 5 orang kepada 6 orang.

Jadi peserta ‘hot seats’ yang menerima ‘peluang kedua’ adalah, Ezad Lazim (ketiga GV2), Liza Hanim (kedua GV4), Zamani Slam (kedua GV5), Nikki Palikat dan Suki Low (kedua dan ketiga GV8) dan Tomok (ketiga GV9).

Berdasarkan nama yang terpilih, dijangka Nikki Palikat dan Suki Low bakal memberi persaingan kuat selaku pemenang tempat kedua dan ketiga GV8 kepada 10 juara GV yang sedia ada.



Sebanyak 16 penyanyi akan bersaing. Siapakah bintang pertama yang akan tersingkir dan siapakah bintang yang mampu memasuki peringkat akhir dan merebut hadiah utama  bernilai RM200,000?

Pertandingan sebenar bermula pada minggu kedua iaitu Ahad, 1 Oktober 2023.

Tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli Salleh (Tok Ram), Hetty Koes Endang dan Datuk Shafinaz Selamat sekadar memberi teguran yang sederhana, tidak melampau.

Tok Ram meminta peserta meniru persembahan cemerlang Naqiu dalam persembahan pada minggu pertama. Persembahan Naqiu menjadi KPI untuk menilai peserta lain.

Tok Ram berkata demikian setelah kurang berpuas hati dengan persembahan Cliff Umar.


GV10 atau ALSGV membuat percubaan menggunakan tiga hos iaitu Nabil Ahmad,  Jihan Muse dan Ely Mazlein. 

Namun, menurut jurucakap Astro, gandingan tiga hos akan melihat reaksi penonton. Jika ramai yang mahu dikekal, ketiga-tiga mereka akan muncul beriringan. Jika tidak mereka akan dipisahkan dalam episod tertentu. - KitaReporters


Gandingan tiga hos Elly Mazlein, Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih pada peringkat percubaan

16
13
0
6
0

Copy Link: