Memasuki minggu ke-3 All Stars Gegar Vaganza (ASGV) masih berlaku kejutan. Mungkin kalau tak berlaku kejutan barulah satu kejutan.

Jika dalam minggu ke-2 dua peserta disingkir, namun pada minggu ke-3, walaupun terdapat dua peserta menduduki dua tempat terakhir, namun tiada penyingkiran.

Ini menyebabkan Ayai Ilusi dan Zamani Ibrahim masih berpeluang bersaing dalam minggu ke-4 musim khas GV Ke-10 (GV10) ini. Mengapa tiada penyingkiran pada minggu ke-3?


Zamani Slam dan Ayai Illusi terselamat walaupun berada di tempat dua tangga tercorot.

Dapat dilihat ia sudah dirancang oleh pihak Astro selaku penganjur bagi mengejar ‘rating’. 

Ini kerana penyertaan 14 penyanyi profesional pada minggu ke-4 sudah ditetapkan lebih awal, begitu juga siapakah peserta yang akan dipasangkan dengan penyanyi popular yang diundang dalam minggu tersebut yang dikenali sebagai ‘Berdua Bersatu’.

Kos mendatangkan penyanyi-penyanyi popular ini di atas pentas ASGV bukan kecil. 
Cuma beberapa artis popular tidak dapat dihadirkan di pentas ASGV atas sebab-sebab tertentu seperti gagal mendapatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Namun Astro tetap telah mendapatkan pengesahan beberapa penyanyi popular yang sudah memberi kesediaan. Antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk M Nasir dan Ziana Zain.


Jaqlyn Victor dan Tomok bersaing dalam minggu ke-3 ASGV.


Jika Ayai Illusi dan Zamani Slam disingkir pada minggu ketiga, dengan siapa Jamal Abdillah dan M Nasir hendak digandingkan?

Bagi memberikan suasana lebih meriah dalam minggu-4, Astro mendatangkan penyanyi asal kumpulan Exist, Mamat untuk berduet dengan Ezad Lazim iaitu penyanyi kedua Exist dalam lagu ‘Untukmu Ibu’. 

Sementara Aliff Aziz akan berduet dengan adiknya Aisyah Aziz.

Kejayaan mendapatkan Ziana Zain berduet dengan Liza Hanim dalam membawa lagu ‘Madah Berhelah’ menguji kemampuan Liza sebagai penyanyi bernada tinggi.

Namun Jac terpaksa berpuas hati berduet dengan Idayu bagi menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi menyampaikan lagu ‘Dialah Di Hati’.

Namun dalam minggu-4 pasti akan ada penyingkiran sekurang-kurangnya satu.

Naqiu dan Aliff Aziz berpeluang terus tunjuk kemampuan menyerlah pada minggu ke-4 ASGV.

Senarai peserta dan penyanyi undangan pada minggu ke-4: 

01. Jaclyn Victor dan Idayu

02. Liza Hanim dan Ziana Zain

03. Naqiu dan Misha Omar

04. Noryn Aziz dan Liza Aziz

05. Aliff Aziz dan Aisyah Aziz

06. Nikki Palikat dan Wany Kairie

07. Hardy Mirza dan Marsha Milan

08. Siti Nordiana dan Amir Masdi

09. Tomok dan Stacy

10. Ezad Lazim dan Mamat Exist

11. Azharina Azhar dan Azmi Saat (Caliph Buskers)

12. Datuk Aishah dan Vince

13. Zamani Slam dan Datuk Jamal Abdillah

14. Ayai Illusi dan Datuk M Nasir  


Para peserta perlu menyamai atau mengatasi pasangan duet untuk menarik perhatian ketiga-tiga juri agar tidak tersingkir. Melihat senarai pasangan duet, pertandingan minggu ke-4 ini akan lebih tular berbanding minggu-minggu sebelumnya.

Dengan minggu ASGV semakin mengecut, cabaran peserta semakin mencabar. Jumlah peserta ke peringkat akhir biasanya enam mungkin akan ditambah menjadi lapan.

Gandingan hos mula serasi. Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse mewawancara Naqiu


Sementara itu gandingan hos mula serasi. Elly Mazlein kembali menggunakan nama Kak Lina Pom Pom tetapi gayanya lebih bersahaja yang dapat diterima ramai.  

Ini kerana jumlahnya perlu dikekalkan kerana akan ada viral sesama hos. - KitaReporters


Senarai kedudukan peserta ASGV pada minggu ke-3, 8 Oktober 2023:

01. Jaclyn Victor  (76 mata)

02. Liza Hanim (75)

03. Naqiu (74.5)

04. Noryn Aziz (66)

05. Aliff Aziz (66)

06. Nikki Palikat (65.75)

07. Hardy Mirza (65)

08. Siti Nordiana (62.75)

09. Tomok (61)

10 . Ezad Lazim (58)

11. Azharina Azhar (58)

12 . Datuk Aishah (57.25)

13. Zamani Slam (53.75)

14. Ayai Illusi (51.75)   


17
12
0
10
0

Copy Link: