Bicara Seni| Video| Respeklah Mimi Fly! Olah semula MV Serumpun! Lebih sopan selepas ditegur mufti!
Published by.
Insan seni sepatutnya dapat meredakan keegoan mereka dalam berkarya. Mereka perlu sedar berada dalam negara dan masyarakat mana untuk berkarya.
Langkah yang dilakukan oleh penyanyi Mimi Fly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 38, adalah satu perkara yang terpuji.
Mimy Fly tanpa malu memohon maaf atas khilafnya dan menghargai teguran orang ramai termasuk golongan agamawan antaranya Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof. Madya Dr Luqman Abdullah.
Tetapi akhirnya dia sedar telah melakukan kesilapan lalu dengan segera memohon maaf.
Hasilnya, video muzik yang dipertonton itu lebih sopan, tidak menampakkan Mimi Fly berkemban keterlaluan.

Babak berkemban yang dikata keterlaluan dan tidak disenangi.
Melihat suntingan semula itu ia tidak menjejas penerimaan masyarakat terhadap lagu ‘Serumpun’ sebagai salah satu lagu pilihan pendengar bagi tahun 2025.
Langkah yang diambil Mimi Fly patut dicontohi insan seni lain supaya meredakan keegoan dalam berkarya agar terus dipuji, bukan terus dikecam.
Video muzik lagu raya 'Serumpun' yang diolah semula bagi menamatkan kontroversi.