Tahniah Siti Saleha!

Gelaran ‘Outstanding Asian Star’ (Bintang Asia Cemerlang) menjadi miliknya apabila dinobatkan sebagai pemenang pada acara kemuncak Seoul International Drama Awards 2024 (Anugerah Drama Antarabangsa Seoul atau SDA), sekali gus membawa nama Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.

“Terima kasih, Seoul International Drama Awards! Ini untuk Malaysia! Saya sangat bersyukur atas pengiktirafan ini dan saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tonton dan TV3 Malaysia kerana sentiasa menyokong hasil kerja saya. 

“Sokongan yang diperoleh ini menjadikan kemenangan kepada realiti. Memenangi trofi ini untuk ‘SeOfis’ adalah impian yang menjadi kenyataan,” ujar Siti Saleha pada majlis SDA 2024 yang berlangsung di Dewan Yeouido KBS, Seoul, Korea Selantan pada 25 September 2024.



Siti Saleha antara tujuh personaliti yang dinamakan dalam kategori jemputan antarabangsa di samping Wooseok Byeon (untuk Korea Selatan), Hyeyoon Kim (Korea Selatan), Desmond Tan (Singapura), Ochi Rosdiana (Indonesia), Metawin Opas-Iamkajorn ( Thailand), dan Kim Chiu (Filipina).

“Membawa pulang kemenangam pertama Malaysia dalam kategori ini sejak 2017 adalah kemenangan yang sangat membanggakan! 

"Kepada pelakon, kru, dan semua yang menjayakan drama ini, ini adalah untuk anda semua dan kepada peminat saya, sokongan anda sangat berharga,” tambah Siti yang lebih mesra disapa Sally sebagai teraju utama drama Tonton Original Series, ‘SeOfis.

Melalui peranannya sebagai Samirah atau Sam dalam ‘SeOfis’, Siti Saleha berhasil memukau penonton dengan mempamerkan lakonan dari sisi yang berbeza. Karakternya yang kuat, dan penuh semangat menjadi inspirasi bagi ramai wanita. 

Kemenangan ini adalah bukti nyata bahawa bakat dan kerja keras Siti Saleha telah diakui pada peringkat antarabangsa.

Drama ini juga diiktiraf sebagai salah satu daripada dua drama teratas pilihan pengguna Tonton, memperkuku reputasinya dengan kualiti produksi yang sangat bermutu tinggi.



‘SeOfis’, yang menggandingkan Siti Saleha bersama Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, dan Fahrin Ahmad, mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh tiga wanita berkerjaya di usia 30-an yang berlainan personaliti dalam menghadapi pelbagai cabaran karier dan kehidupan peribadi di ibu kota. 

Dengan jalan cerita yang menyentuh soal persahabatan, impian, dan cinta, drama ini bukan sahaja berjaya mencuri perhatian penonton, malah mengukuhkan kedudukan Siti Saleha sebagai antara pelakon terbaik negara.

Sudah tentu, kejayaan yang diraih buat pertama kalinya juga bagi dirinya pada usia 34 tahun, membuka lembaran baru untuk Sally  yang berharap untuk terus melakar lebih banyak pencapaian pada peringkat antarabangsa. 



Sebagai bintang yang sentiasa bersinar, beliau turut berazam untuk menjadi inspirasi kepada pelakon muda dan generasi baharu dalam industri seni tanah air. 

Kemenangan ini adalah satu lambang bahawa dunia seni lakonan Malaysia semakin mendapat pengiktirafan global, dan Siti Saleha kini boleh berdiri megah sebagai ikon seni Malaysia di pentas dunia.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pengiktirafan di majlis SDA yang dianjurkan sejak 2006  dalah pada tahun 2017 yang mencatatkan pelakon Debbie Goh antara lima penerima dalam kategori ‘Asia Star Award’ (Anugerah Bintang Asia) di samping artis dari Jepun, India, Thailand dan Filipina ketika itu.

Pada tahun itu, pemilihan artis terbabit ditentukan oleh panel juri dan ahli jawatankuasa SDA, manakala pada SDA 2024 tahun ini, ia ditentukan oleh proses undian secara global. - KitaReporters


15
12
0
15
0

Copy Link: