Dua penyanyi Indonesia yang sedang mencipta nama Rizky Febian dan Mahalini kini menjadi bahan bualan hangat di negara itu.

Ini kerana setelah enam bulan Rizky dan Mahalini bernikah, Mahkamah Agama (Syariah) Jakarta Selatan pada Selasa, 26 November 2024, memutuskan perkahwinan mereka tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah iaitu wali hakim.


Majlis hakim mendapati bahawa proses menjadikan individu dikenali sebagai Yahya NY sebagai wali hakim tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh undang-undang di Indonesia.

Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 26, dan Mahalini Ayu Raharja, 24, bernikah dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta Selatan, Indonesia, pada 10 Mei 2024 lalu.


Rizky Febian adalah anak kepada pelawak terkenal Sule sementara Mahalini adalah anak golongan berpengaruh di Bali. 

Namun Rizky dan Mahalini baharu menghantar permohonan pengesahan pernikahan mereka pada 10 Oktober 2024 ke pejabat agama Jakarta Selatan.

Dengan keputusan mahkamah itu bererti pasangan ini perlu melakukan pernikahan semula di pejabat agama dengan mendapatkan wali hakim yang disahkan oleh pejabat agama.


Keputusan status perkahwinan mereka diketahui selepas pasangan ini memohon pengesahan perkahwinan daripada Mahkamah Agama Jakarta Selatan. Rizky dan Mahalini baharu menghantar permohonan pengesahan pernikahan mereka pada 10 Oktober 2024 lalu.

Sedangkan pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 lalu di Hotel Raffles, Jakarta.

Menurut jurucakap mahkamah itu, H. Suryana, wali yang menikahkan pasangan itu bukan wali yang berhak dan menjadi sebab panel hakim mengisytiharkan perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang negara dan agama.

/

H SURYANA, jurucakap mahkamah agama Jakarta Selatan

Mahalini seorang mualaf dan orang tuanya di Bali beragama Hindu. Justeru, seorang ustaz dikenali sebagai Yahya NY dilantik sebagai wali hakim. Namun panel hakim mendapati ustaz itu tidak sah menjadi wali hakim.

Menurut Suryana, berdasarkan peraturan Menteri Agama Nombor 30 Tahun 2005, wali hakim yang sah adalah pihak yang persetujui Menteri Agama dan didelegasikan pelaksanaannya oleh ketua setempat.

Majlis resepsi pernikahan Rizky dan Mahalini yang diadakan di sebuah hotel lima bintang turut dihadiri Presiden Joko Widodo dan berlangsung dengan meriah sekali.

Selepas beberapa bulan berkahwin, Rizky dan Mahalini mengadakan konsert bersama.

Dan selepas enam bulan berkahwin Mahalini dikatakan telah mengandung kerana badannya kelihatan berisi. Namun Mahalini belum mengesahkannya. - KitaReporters

14
10
0
16
0

Copy Link: