Enam daripada tujuh sahabat 'Paso Dulu-Dulu' yang menjadi tulang belakang penganjuran aktiviti berkonsep kehidupan orang Melayu era 70-an di Labis, Johor.


Tujuh sahabat di Labis, Johor yang mengelar diri mereka kumpulan 'Paso Dulu-Dulu' mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai aktiviti terutama berbentuk kesenian dan budaya dengan menyasarkan golongan muda berikutan tiada penganjuran program seumpamanya sejak kebelakangan ini.

Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Zulkifli Elias, 45, berkata, mereka dilihat lebih cenderung menganjurkan aktiviti berbentuk kesenian dan kebudayaan kerana kesemua mereka mempunyai pengalaman berkaitan kesenian dan berharap setiap aktiviti yang dianjurkan mampu memberi manfaat kepada golongan muda, sekali gus dapat mengelakkan mereka terlibat dengan aktiviti kurang sihat.

Hassan peserta dari Batu Pahat muncul juara Pertandingan Karaoke Terbuka Bintang Suara Getaran Jiwa di Port Santai Labis, Johor pada 8 September 2024.


"Terkini kami menganjurkan pertandingan karaoke yang dijalankan bermula 2 hingga 8 September 2024 bertempat di Port Santai, Labis yang berjaya menarik penyertaan lebih 60 penyertaan termasuk dari beberapa daerah lain seperti Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi dan Kluang. 

"Kami bergerak secara bebas serta tidak terikat dengan mana-mana pihak, selain hanya menerima sumbangan daripada rakan-rakan yang menyokong usaha kami.

"Selebihnya kami mengeluarkan wang poket sendiri untuk membiaya sebarang program yang  dianjurkan," katanya ketika ditemui semasa Final Pertandingan Karaoke Terbuka Bintang Suara Getaran Jiwa di Port Santai, Labis, Johor pada 8 September 2024.

Katanya, selain dia yang pernah terlibat sebagai pemain drum kumpulan Leon, rakan-rakan lain yang bersama-sama dalam kumpulan tersebut adalah penyanyi kumpulan Scoin, Redzuan Abdul Manan, Ise Hanapi, Wan Syukri, Rezal, Radi Misnan dan Ipin  yang kesemua mereka aktif sebagai pengacara pada majlis rasmi dan aktiviti seni lain.

Menurutnya, program kali ini agak istimewa kerana ianya bukan sekadar pertandingan karaoke semata-mata, tetapi turut mengangkat tema warisan budaya apabila menyediakan hadiah berupa televisven kepada pengunjung yang datang bersama keluarga dengan mengayakan pakaian ala masyarakat Melayu di kampung-kampung era 60-an dan 70-an pada malam pertandingan akhir.

Shefa peserta dari Segamat, Johor menerima hadiah kedua berupa wang tunai, barangan elektrik, trofi dan sijil daripada Pengurus Elektrik Awan Biru, Mazelan Ibrahim yang merupakan penyumbang utama hadiah pertandingan.


Tempat ketiga Pertandingan Karaoke Terbuka Bintang Suara Getaran Jiwa di Port Santai Labis, Johor pada 8 September 2024 dimenangi Mastura peserta dari Batu Pahat, Johor.


Dia yang lebih mesra disapa sebagai Chong drummer turut menjelaskan apa yang mereka lakukan sejak lebih empat bulan lalu bukan bertujuan mencari keuntungan mengisi poket ahli kumpulan, sebaliknya usaha mereka hanyalah bertujuan menyediakan aktiviti untuk generasi muda bagi menarik minat mereka melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah terutama bidang seni dan budaya.

"Kami juga sedang merancang untuk menganjurkan satu program berbentuk karnival yang berkonsepkan cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan kampung sekitar tahun 70- an.

"Pengisian program tersebut selain daripada aktiviti pentas, kami bercadang untuk mewujudkan gerai jualan dimana peniaga yang terlibat nanti akan mengayakan pakaian tradisional Melayu atau gaya berpakaian orang kampung era 70-an," katanya lagi.

Pengunjung yang mengayakan pakaian ala orang kampung dulu-dulu terbaik memenangi hadiah berupa televisyen.


Namun menurutnya untuk menjayakan program tersebut perlu perancangan yang rapi selain memerlukan kos yang agak tinggi di samping perlu mendapat kerjasama banyak pihak terutama bagi mendapatkan tapak yang sesuai.

Katanya, melalui penganjuran program tersebut yang berkonsepkan latar belakang kehidupan masyarakat Melayu satu ketika dahulu diharap mampu memberi kefahaman serta peluang generasi muda bukan sahaja merasai apa yang pernah dilalui nenek moyang mereka,  malah turut mampu mengenali budaya keturunan mereka. - KitaReporters

Antara sukarelawan yang bertanggungjawab menjayakan program Pertandingan Karaoke Terbuka Bintang Suara Getaran Jiwa di Port Santai Labis, Johor pada 8 September 2024 turut mengayakan pakaian era 1970-an.


Beberapa pengunjung yang mengayakan pakaian era 1970-

an mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan.

19
12
0
12
0

Copy Link: