UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, mengadakan majlis ramah mesra sebagai inisiatif menghargai dan meraikan pasukan para olahraga Olimpik atau paralimpik olahraga yang akan mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 September, pada 25 Julai 2024.

Majlis yang diadakan di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah itu bertujuan untuk meraikan atlet para olahraga (pelari pecut) Malaysia yang bertungkus lumus menjalani program latihan fasa akhir di UPSI sebagai persediaan ke temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata UPSI sentiasa menghargai jasa mereka yang berjuang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.


Prof Md Amin


“Saya berbangga atas pencapaian atlet para Malaysia kerana terpilih mewakili negara ke sukan paralimpik seperti sukan olahraga, badminton, memanah, renang dan powerlifting," katanya.

Menurut beliau, UPSI akan sentiasa komited dalam usaha membantu memajukan sukan negara menerusi kemudahan fasiliti sukan dan kepakaran dalam bidang sains sukan yang dimiliki.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Abdul Rahim Razalli dan Pengarah Pusat Sukan UPSI, Mohammad Faeez Mohamad Alias.

29 atlet akan mewakili Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024. - KitaReporters


Prof Md Amin (tengah) bersama-sama atlet Para Olahraga Malaysia.

______________

13
12
0
14
0

Copy Link: