Malaysia menjadi tumpuan seketika apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan kerjasama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengumumkan bahawa mereka akan membina sebuah stadium canggih di Malaysia nanti.  

Dengan berkapasiti 10,000 penonton, ia akan dibangunkan di Putrajaya dan telah diberi nama Stadium AFC. 

Menurut AFC, stadium itu akan dibina di atas tapak seluas 6.172 hektar, kira-kira 30 kilometer dari Ibu Pejabat AFC di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan



Ini bermakna AFC akan mempunyai stadium berkualiti tinggi mengikut piawaian FIFA

Malah ia dilengkapi dengan grandstand, boulevard dan atrium yang akan menempatkan penonton, pejabat pentadibiran dan parkir bawah tanah.  

Selain itu, stadium ini juga akan menyediakan beberapa ciri seperti kafeteria, ruangan media dan bilik pengulas media serta tarikan air pancut di pintu masuk stadium.

Menurut AFC dalam kenyataan yang dikeluarkan, dari kewangan untuk membina stadium itu, ia akan ditanggung oleh FIFA di bawah Program FIFA Forward untuk meneruskan misi AFC memperkasa bola sepak negara ahli persatuan (MA) dan persatuan serantau (RA)

Menurut Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa, berkata beliau yakin Stadium AFC akan memberi lembaran baharu kepada MA dan RA untuk mencapai mutu bola sepak yang lebih tinggi dalam dekad akan datang.

Bagi Presiden FIFA, Gianni Infantino, berkata projek tersebut adalah pelaburan penting untuk bola sepak Asia. - KitaReporters


11
13
0
14
0

Copy Link: