Video| Peminat terkejut! 11 tahun jadi pasangan bahagia Mizz Nina, Noh bercerai! Tetap berkawan!
Published byNoh dan Nina bersama anak angkat mereka, Musa. - Kredit foto: IG nohsalleh.hujan
PASANGAN selebriti yang selama ini mendedahkan kehidupan bahagia 11 tahun bersama tanpa anak, menamatkan spekulasi ramai kebelakangan ini mengenai keretakan hubungan mereka dengan membuat pengesahan bersama bahawa kehidupan bersama sudah berakhir.
Lagi cerita-cerita kehidupan berkaitan perceraian
Menerusi entri itu, Noh dan Nina berkata keputusan untuk berpisah itu dibuat secara bersama.
Noh dan Nina berkata, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik. Mereka turut meluahkan rasa syukur diizinkan oleh Allah untuk bersama selama 11 tahun yang cukup indah.
“Selepas berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami bersetuju untuk berpisah dan meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami meluangkan masa bersama selama 11 tahun yang cukup indah, penuh pasang surut dan pengembaraan,” kata kedua-duanya.
Dalam pada itu, Noh dan Nina berkata, mereka akan tetap berkawan baik serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang selama ini banyak memberi sokongan.
Pada akhir perkongsian itu, Noh dan Nina turut memohon doa untuk kehidupan mereka selepas ini serta meminta peminat agar menghormati privasi mereka.
Noh dan Mizz Nina bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada Rabu, 3 Ogos 2022.
Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 tetapi tidak dikurnia anak. Pada Mac 2022 mereka mengambil anak angkat diberi nama Musa.
Perkahwinan Noh yang ketika itu menjadi vokalis kumpulan Hujan dengan Nina mendapat perhatian ramai. Ini kerana darjat mereka berbeza.
Nina yang juga penyanyi merupakan anak kepada jutawan terkenal, Tan Sri Azman Hashim iaitu tokoh korporat dan Pengerusi AmBank serta salah seorang jutawan ternama negara. - KitaReporters