Video| Tolong backup sikit! Air tangan isteri terbaik! Lelaki tenang sahaja dibahan rakan bujang!

Published by
KitaReporters


Video tular dalam media sosial yang menunjukkan seorang lelaki hanya tersenyum pada saat dibahan oleh rakan-rakannya yang berstatus bujang hanya kerana bawa bekal makanan air tangan isterinya undang perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @bosshukex, kelihatan lelaki itu yang sedang makan tengah hari bersama rakan-rakannya di sebuah kedai makan telah ‘dibahan’ ketika menjamah makanan yang dimasak oleh isterinya di rumah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bahan-bahan dijadikan usikan



Lelaki itu dilihat kekal tenang sambil menjamah makanan yang dibekal oleh isterinya sementara rakan-rakannya berseloroh mengenai ‘tupperware’ aiskrim dan animasi Avengers yang digunakan untuk membawa bekalan makanan dari rumah itu.

“Sedihkan saya kena buli. Harap semua para isteri di luar sana sokong saya.

“Terima kasih kerana masakkan untuk suami,” katanya dalam laman aplikasi TikTok.



Rata-rata pengguna media sosial memuji sikap tenang lelaki itu serta menghargai air tangan isterinya serta mempertahankan beliau dengan menyatakan makanan yang dimasak dari rumah lebih berkualiti serta menjimatkan.

“Air tangan isteri adalah terbaik. Jimat pun jimat, ini sekali makan dekat mamak boleh beli seekor ayam,” kata @Amy’s73.

“Berubah muka kawan itu. Kena ingat sekurang-kurangnya beliau hargai masakan isteri. Dia tahu isteri dia masak lagi sedap,” ujar @atikaieqa93.

“Lagi kesian kalian yang bujang. Dahla bujang kena beli makanan sendiri,” tulis @AnisNurItin. - KitaReporters



9
20
0
7
0

Copy Link: